koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 12 June 2014
PROPAGANDA KITA
Bantai aja
kita lakarkan apa dirasa
tentang apa saja yang kita suka
tentang apa saja yang tak elok di mata
kita,
luahkanlah segalanya
dalam karya kita berbicara
dalam karya kita madahkan kata
dalam karya kita nukilkan propaganda
kita,
bersengketa tiada sempadan tinta
meludahkan kahak-kahak, berbata-bata
ludahkan semua
yang terbuku menghimpit dada
kita,
apa nak ditakutkan pada mereka
mereka juga sama macam kita
hanya manusia biasa
makan nasi beras padi Malaysia
Malaysia ... kita.
Luahkan!
Ludahkan!
Kahakkan!
Pedulikan!
Kerana mereka bukannya membaca
apa yang kita coret dan kata
tiada mahunya mereka
membazir masa membaca karya
kita,
kerana pada mereka siapalah kita
kerana pada mereka kita bukannya sesiapa
kita hanya sekecil kutu dan hama
tidak tergugat kedudukan mereka hanya dengan karya
kita.
Ya! Kita ... ,
kitalah si kutu dan si hama
ditindas tidak berdecit suara
dipicit tidak meninggi suara
hanya terbatuk-batuk di atas tangga
tangganya, kita.
Aku jamin yang mereka tidak akan membaca
apa yang kita tulis dan kata
kalau ada pun yang akan membaca
lekas-lekaslah kita mohon ampun dan maaf segala
sebelum Nisfu Syaaban menghilang jelma.
"Salam kemaafan sifu-sifu penghulu pura semua"
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/06/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment