koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 10 June 2014
POTONG 'STIM' BETUL
Sungguh cantik paras wajahmu
seumpama rembulan sinar bercahaya
memancar-mancar penuh gemilang
mempersona mata memandang.
Putih gebu bagaikan tahu
halus mulus lengan dan betismu
membuai nafsu berderau darahku
ketika berbaris mataku menjamu.
Terkebil-kebil mata memuji
tidak terlepas juga mata pak haji
pendek cerita di pandangan mata lelaki
engkaulah si manis istimewa sekali.
Sampai ketika engkau bersuara
berurut janggut pak haji yang ada
turut berurut sebunya dada
tidak menyangka begitu pula 'kejadiannya'.
"BERAPA HARGA SEMUANYA BANG?"
Amboi besarnya suara!
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/06/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment