Sunday, 19 August 2012

ALAM DAN AKU


Wahai pepohon temanilah aku
aku kesunyian bagaikan seorang penunggu
tiada siapa yang menemaniku
... mengerti tentang kesunyiannya seorang aku
di hari lebaran termangulah diriku
berseorangan aku mati kutu
tanpa teman-teman yang pergi meninggalkan aku
beraya sendiri di pondok markasku.

Wahai kali dampingilah diriku
bertali arus tanpa engkau rasa jemu
kerana aku mencemburui dirimu
yang tiada sunyi dengan deruan arus airmu
berdeburan membantai di tebing hatimu
mengikut waktu engkau diseru begitu
mengikut perintah, hidayah Tuhan Yang Satu
sehingga ke akhir waktu
engkau tetap dengan tugasmu.

Wahai alam bersatu dan bersebatilah dengan diriku.

ss/spl/pm ... 19/8/2012.



No comments:

Post a Comment