Thursday, 16 August 2012

NUKILAN TANPA SEBUAH TANDATANGAN


Terkadang ... ,
aku memang tidak memahami
dengan sikap manusia
senang
mengucapkan kata-kata perpisahan
dan senang pula
meminta sebuah kemaafan
dan senang juga pula
mendiamkan diri
membisu seribu bahasa
apabila kemaafan yang dipinta
kita berikan kepadanya
di atas nama keikhlasan bersaudara.

Aku sendiri pun tidak tahu
di mana silapnya diriku semula
apakah mungkin
kerana status perhubunganku
mendatangkan kemarahan di hatimu
sehingga kau mendiamkan diri seribu bahasa
membiarkan sapaan dariku tidak terbaca
sedangkan beberapa hari sebelumnya
engkau yang memulakannya
meminta maaf di atas kesalahanmu
meninggalkan aku tanpa sebab musababnya.

'What?? Enggage!!!

Itu yang aku baca
di dalam posting kamu
yang tertera di dinding alam maya
mungkin ditujukan kepadaku
tanpa aku menyedarinya
namun apa yang boleh aku katakan, hanyalah ... ,
ingatkanlah semula
akan segala kata-kata
yang pernah aku lafazkan kepadamu
suatu waktu dahulu
bahawasanya! Hanyalah kamu!
Hanyalah kamu ... yang mampu mengawal selia segala pergerakanku
dan aku bebas berbuat apa sahaja ... yang aku suka!
Bila sahaja engkau memutuskan ikatan cinta
yang aku lafazkan kata setia terlahir dari lubuk hati seorang jejaka.

Maafkanlah aku pula
itu sahaja yang aku pinta kepadamu semula
kerana inilah kata-kata terakhir yang dapat engkau baca ... ,
tatapi ... dan bacalah ianya dengan sempurna
sebelum aku mengundurkan diri selama-lamanya
dan fahamilah kamu ... ,
... ,
memang ada! ... memang ada cinta
di dalam dadaku
untuk dirimu selama-lamanya.

Selamat tinggal ... .

Nukilan tanpa tandatangan di bawahnya.

No comments:

Post a Comment