koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 10 August 2012
HARI RAYA MENGGAMIT RINDU
Saat malam berlagu pilu
teringat aku setahun yang lalu
engkau dan aku memadu rindu
berdakapan syahdu di gerbang waktu
menyanggah sepi dingin membeku
membelai resah cinta dipadu
tatkala engkau menyingsing lenganmu
menjahit temulang bebaju melayu
mencari rezeki tarian kakimu
bersengkang mata membongkok belakangmu.
Di subuh raya aku masih menemani jahitanmu.
ss/spl/pm ... 10/8/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment