Terkadang rasa malu membawa kerendahan diri di dalam hati...tapi kenapa
ya?...kenapa harus ada rasa malu untuk mengakui satu harapan yang
pastinya telah terbina di dalam hati anak-anak Adam dan Hawa sejak
sekian lama...hanya kerana malu kita rasa rendah diri untuk mengakui
tentang impian yang suci di hati iaitu ingin merasai detik, ketika dan
waktunya, saat bersalam-salaman, berkucupan tangan dan dahi di antara
suami isteri...perlukah kita rasa rendah diri kerana sebab
ini...tepuklah dada tanyalah apa yang ada di dalamnya.
Renung-renungkanlah wahai insan muslim dan muslimah sejati...baik anak
teruna, dara, mahu pun yang telah bergelar duda dan janda...buangkanlah
sikap malu yang membawa perasaan rendah diri untuk mengakui keinginan
yang suci.
Renungkanlah.
ss/spl/pm ... 21/8/2012.
Renungkanlah.
ss/spl/pm ... 21/8/2012.
No comments:
Post a Comment