koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 17 August 2012
RINDU BERTAHTA KEMBALI
Ramadhan datang Ramadhan pergi
menggamit memori kenangan sejati
mungkinkah akan aku ketemui
Ramadhan yang mulia sekali lagi
membelai tawaduk di dalam diri
membawa zuhud di dalam hati
memberi keinsafan di kalbuku ini
ibarat kain putih dicorakkan kembali;
Memerahkah ia dengan warna dosa yang berdaki?
Atau biru nila yang mewarnakan pahala bertali arus air di kali?
Yang pastinya, Ramadhan yang pergi ... aku akan kerinduan lagi.
ss/spl/pm ... 17/8/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment