koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 8 August 2012
SABARLAH HENDAKNYA
Sabarlah hati sabarlah nyawa
jangan diturutkan panas yang membara
di sinilah ujian yang sebenar-benarnya
dari Yang Esa buat hamba-hambaNya
menjelang sepuluh malam terakhir, Ramadhan yang mulia
ujian diberikan pasti berlipat ganda
cuma laksanakan apa yang disuruhNya
dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
Pasal anak biarkanlah sahaja
tertangkapnya dia pasti ada hikmahnya
janganlah pula talipinggang mendahului akal dikurnia
menghukum sesuka hati dan sesuka rasa
bersifatkan api ... syaitan yang pastinya durjana
yang setahun lamanya membelaibelengu jiwa
bertepuklah dada, beristighfarlah sebanyak-banyaknya
semuga terjaga puasa yang terbina.
SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah ... ,
SubhanAllah Al-Azim Walailahhaillah Hualhaiyulqaiyum Wa'atubuilaikh.
ss/spl/pm ... 8/8/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment