koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 19 August 2012
SUNYINYA LEBARAN
1 Syahwal menyambut lebaran
dengan kegembiraan serta kegirangan
kunjung mengunjung sesama insan
saling bermaaf-maafan
pesan berpesan
mensucikan diri, membuang segala kekotoran
yang dilakukan dalam kesedaran
dan dalam ketidak warasan fikiran
namun lebaran ... aku sambut dengan rasa terkilan
bersendirian aku rasa sungguh kesepian
berbaju melayu jingga keperangan
duduk termenung; melamun aku keseorangan
beraya tanpa teman dan rakan-rakan
sanak saudara, sahabat dan taulan
namun yang menambahkan rasa terkilan
aku beraya ... tanpa anak dan isteri kesayangan
menjalankan tugas di hari lebaran.
Aku kesunyian di hari lebaran.
ss/spl/pm ... 19/8/2012 bersamaan 1 Syahwal, hari lebaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment