Monday, 31 December 2012

2013


‎10pp: Acid semula jadi


Masuk kali ini dah sepuluh kali kubuang karang yang berdaki.

ss/spl/pm ... 31/12/2012.

Yang Indah


Karya yang bertajuk: Kalau aku.



Kalau aku
ya! Kalau aku,

kalau aku mahu bercinta lagi
menggatal dan ada hati 
mahu merasai 'kejatuhan' cinta lagi,

aku mahu bercinta di luar mukabuku ini
dekat di mata dekat di hati
bukan dekat di hati tapi jauh di mataku ini
lebih senang aku dekati
lebih senang untuk aku gigiti
bergurau pun
boleh kucucuk pinggangnya - sesekali,

kalau di dalam mukabuku ini
bukan sahaja tiada serasi
malah!
Macam itik serati dan ayam turki
salah tulis bercakaran tiap-tiap hari
nak makan bersuap mulut pun
rasanya,
tak akan mampu aku rasai.

Nah! Itu kalau aku,
kalau kamu semua macam mana ya?

Jangan macam-macam, ha!.

ss/spl/pm ... 31/12/2012.

Bunga-bunga bangsaku.



Wahai engkau
anak-anak bunga bangsaku
semailah cinta suci di dalam hati
cinta kamu kepada Tuhan yang Hakiki
cinta kamu kepada walid dan umi
cinta kamu kepada keturunan dan warismu nanti
dan cinta kamu kepada bumi 
tanah yang engkau pijaki
tanah tumpahnya darahmu membasahi
yang engkau kasihi 
dan engkau sayang - sanjungi,
janganlah engkau semai cinta yang dikotori
dan dinodai nafsu serakah 
gelap dan bernanah
yang akan menelan masa hadapanmu sendiri.

Bercintalah kamu mengikuti landasan yang murni
tiang keimanan 
jangan sesekali engkau runtuhi
engkau cemari.

ss/spl/pm ... 31/12/2012.


Bingkisan dari seorang ayah.


Gerun menanti resah menemani
cuaknya hati
di ambang tahun baru ini
anak-anak bangsa tidak mengenali diri sendiri
asyiknya berjoli lekanya menari-nari
terkinja-kinja gembiranya sekali
bagaikan sepasang kaki, 
terawang tidak menjejak ke bumi
dikaburi mimpi dibelai sang ilusi.

Wahai anak-anak bangsaku
dengarkanlah rayuan dari hatiku
di ambang tahun baru ini
janganlah engkau terlupa asal usulmu
apakah peganganmu
dan apakah agama sanjunganmu
siapa nabi junjunganmu
dan Siapa, Tuhanmu yang Satu,

aku tak mahu wahai anak-anak bangsaku
sembilan bulan sepuluh hari berlaku dan terus berlaku
akibat nafsu serakah membelenggu
dan bertuan di benak akalmu,

perkukuhkanlah pijakanmu
perkuatkanlah semangat syahadah di hatimu
yang dah berlalu jadikan ikhtibar buatmu
tauladannya sematkan di sanubarimu
agar rahim dan kemaluanmu
terjaga dengan kekuatan iman yang jitu.

Nama keluarga dijaga selalu
airmuka ibubapamu,
tetap di dalam peliharaanmu
martabat bangsa sentiasa bernaung di arashmu
dan maruah bangsa di dalam dakapanmu.

Ingatlah anak-anak bunga bangsaku
segala pesanan ikhlas dari hatiku
di ambang tahun baru
peliharalah akhlak muliamu.

Selamat menyambut ambang tahun baru 2013
dari diriku, ayahmu.

ss/spl/pm ... 31/12/2012.

Puisiku, puisi mati.



Berat benar rasa di hati
ingin kulakarkan sebuah puisi
berbintiklah cinta sunyi dan sepi
notanya hambar langgamnya mati
berbirat di hati jingga menodai
seri yang pergi,
pergi yang tak akan kembali lagi.

Sudah suratan takdir-Nya Ilahi.

ss/spl/pm ... 31/12/2012.


Pengakuan


Sunday, 30 December 2012

Warna


PERMINTAAN


Lompat si katak lompat, berpantun menghiburkan hati.



Lompat si katak lompat,
lompat biarlah tinggi;
tak apalah jika dah hebat,
berseluar jean nampak ranggi.

Lompat si katak lompat,
lompat ke dalam perigi;
aduhai! Tak menyempat-nyempat,
senyum lebar nampak gigi.

Lompat si katak lompat,
lompat ke Sungai Linggi;
jangan suka mengumpat,
karang bersepai gigi kuseligi.

Lompat si katak lompat,
lompat sambil berbunyi,
biarlah engkau berubah tempat,
semuga bahagia tak rasa sunyi.

Lompatlah si katak lompat.

ss/spl/pm ... 30/12/2012.


RINDU


Siulan si anak gembala.


Berdendang sakan hatinya riang
di waktu petang senja menjelang
sambil berbangsi seruling siang
senjanya pulang menuju ke kandang,

namun aral datang melintang
senja yang damai hatinya walang
kandang disayang dijarah petualang
angkuh sombong hidung berbelang,

tamak haloba puasnya kurang
kandangnya yang ada tidak dipandang
kandang orang mahu dipegang
kononnya, dialah sang juara penyerang,

kasihan pengembala anaknya sorang
masih bersabar lagi kerenah si petualang
kalau tidak difikir dalam dan tenang
dah lama si petualang dihumban ke longkang,

berkasturi gampang beraroma pailang.

Siulan si anak gembala berdendang sayang yang panjang.

ss/spl/pm ... 30/12/2012.

Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan.



Gosok-gosok perut kekenyangan
hati tertawa keriangan
gembira berdendang sakan 
duduk bersandar sambil berkipasan
berdiang di tengah halaman
di bawah pohon rambutan 
jariku, aku tunangkan
buat menulis sebuah karangan
namun terpaksa aku singkirkan
kerana kehangatan 
dan hamis peluhku yang merimaskan,

pangkinku berbumbung kesinambungan.

ss/spl/pm ... 30/12/2012.

Waktu majmuk: Antara siang dan malam.



Jalan punya jalan sampai kepala terhantuk
punyalah mengantuk,

salam jumpa lagi insyaAllah petang nanti waktu majmuk
kalaulah saya tak sibuk.

ss/spl/pm ... 30/12/2012.

Aku Berpuisi


Saturday, 29 December 2012

PENANTIAN


Bila Aku Menikahimu


LUAHAN HATI JIWAKU RITA


Hanya satu keluhan.



Apa lagi yang ingin aku luahkan
setelah bayu terhenti di pagar halaman
hanya yang mampu aku laku dan laksanakan
memandang sepi setiap imej dan paparan
bertukar ganti di slaid kehidupan.

Drama satira dilambakkan.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Bunga Cintaku


Tersimpang dan menyimpang



Kadang-kadang yang baik selalu dipandang gampang
kata-kata nasihat dibuat pandang tak pandang
setiap nukilan sering terpesong penceritaan
jauh dari pencernaan,

bukan hendak memahaminya
dan tidak mahu pula bertanyakan maksudnya
yang dihidangkan habis ditelan
tapi segala bidalan lenyap tidak tersimpan,

setiap kata-kata dikatakannya mengata
setiap bait bicara dikatakannya pula menghina
sering disimpangkan maksud kata-katanya
dan akhirnya kata sindiran yang dilemparkan bertuduhan.

Mmmm ... ,
benar kata-kata dalam bidalan
malu bertanya akan sesatlah perjalanan
tidak mahu memahami bait nukilan
akan terpesonglah maksud yang disiratkan.

Yang tersurat akan menyimpang dari landasan
yang tersirat pula akan menyimpang tanpa haluan
hati yang berbirat akan tercambuk cambukan syaitan
dan jiwa yang tidak beraurat,
akan, akan mula memainkan api kebencian.

Ingatlah kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa,

fahamilah segala yang disurat dan disiratkan
sebelum menjatuhkan hukuman dalam kata-kata menyindirkan.

Bertanyalah dahulu apa yang diluahkan dalam setiap bait nukilan. 

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Aku memuji isteriku bukan isteri orang.



Walau di mata orang 
isteriku tidak sesempurna mana
namun di hatiku 
dialah segala-galanya,

pandai menjaga hatiku
pandai menjaga tembolok perutku
dan amat memahami 
kegemaranku, puisi-puisiku.

Dan yang paling penting
dia amat faham kegeramanku,

ya! Kegeramanku.

Siap sedia ya sayang!
Malam nanti kita berpuisi
hanya kita berdua.

Abang sayang, sayang.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Gendang gendut tali kecapi.



Nasi himpit rendang paru
bekalan dari isteri kesayanganku
jom!
Kita makan dulu.

Lupakan puisi dahulu.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Lagu rakyat berdendang di hati (sebuah monolog).



'Oooooooosom'

"Ha! Hari ini hari aku"

"Aku akan bermaharajalela"

"Korang jaga-jaga, ya!"

"Tak pun!
Korang pakat-pakatlah ya!
lat tali lat tam lum pun, 
boleh juga"

"Mari kita lihat 
siapa yang kena."

'Can mali can hei, hei
can mali can ketipong payung'

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Dalam tandas.



Di dalam tandas aku termenung
merenung
sistem pencernaan tersumbat
semalaman tertambat,

ooooops!

Jangan salah anggap
cuma melepaskan lelah
yang berkarang di belikat resah.

Fuh! Lega.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

SENJA DAN PERSOALANKU



Di senja ini aku sendirian
merenung setiap sudut
bermuhassabah pada diri
mencari satu titik cahaya
untuk kujadikan penyuluh
bagi menembus kegelapan hidup
yang rasa keputusasaan
mula menjalari di segenap rongga tubuhku.

Ingin bertanya pada senja
bermukimkah derita rasa yang kekal
bertapak dalam kehidupan ini
yang kadangkalanya tercabar
pada keegoan dunia
menuntut sesuatu yang mustahil
untuk dijadikan sandaran pemerhatian
bagi meletakkan kehidupan
teratas dalam penilaian insan.

Dan di senja ini
aku masih setia di penghujungmu
menatap kelam yang mula menjuraikan cahayanya
semakin menyelimuti setiap ruang susukku
tanpa ada jawapan pasti
tentang hidup dan kehidupan
terbengkalai dari persoalan
yang masih belum terjawab.

Dan senja pun kian ke penghujung!... .

Qalam Bertinta
28122012
1849pm
SENJA DAN PERSOALANKU

Di senja ini aku sendirian
merenung setiap sudut
bermuhassabah pada diri
mencari satu titik cahaya
untuk kujadikan penyuluh
bagi menembus kegelapan hidup 
yang rasa keputusasaan
mula menjalari di segenap rongga tubuhku.

Ingin bertanya pada senja 
bermukimkah derita rasa yang kekal
bertapak dalam kehidupan ini 
yang kadangkalanya tercabar
pada keegoan dunia
menuntut sesuatu yang mustahil
untuk dijadikan sandaran pemerhatian
bagi meletakkan kehidupan
teratas dalam penilaian insan.

Dan di senja ini
aku masih setia di penghujungmu
menatap kelam yang mula menjuraikan cahayanya
semakin menyelimuti setiap ruang susukku
tanpa ada jawapan pasti
tentang hidup dan kehidupan
terbengkalai dari persoalan
yang masih belum terjawab.

Dan senja pun kian ke penghujung!... .

Qalam Bertinta
28122012
1849pm

LUKISAN JIWAKU, HATI MERINDUIMU


Di kala kesendirian
kulakarkankan warna-warna sendu
di kanvas Lukisan Jiwaku
tatkala Hati Merinduimu
dalam alunan irama resah
bersenandung di setiap hari-hariku
yang membawa aku hanyut
bersama lara jiwa yang gerhana
lalu terdampar di gurun kecewa
pasrah dalam ketidakberhasilan
untuk memiliki sebuah cinta
yang ada padamu.

Dan sendu pun masih berirama sayu.

Qalam Bertinta
29122012
0719am
LUKISAN JIWAKU, HATI MERINDUIMU

Di kala kesendirian
kulakarkankan warna-warna sendu
di kanvas Lukisan Jiwaku
tatkala Hati Merinduimu
dalam alunan irama resah
bersenandung di setiap hari-hariku
yang membawa aku hanyut
bersama lara jiwa yang gerhana
lalu terdampar di gurun kecewa
pasrah dalam ketidakberhasilan
untuk memiliki sebuah cinta 
yang ada padamu.

Dan sendu pun masih berirama sayu.

Qalam Bertinta
29122012
0719am

SANDIWARA MUKABUKU



Di mukabuku ini
berbagai sandiwara akan ditemui
dengan lakunan yang berbagai
yang dilakunkan oleh pelakun-pelakun amatur
namun profesional memainkan wataknya
dalam merealisasikan hasrat hati
yang benar atau pun penuh kepalsuan.

Pada pelakun-pelakun yang masih mentah
untuk memainkan wataknya di mukabuku ini
berhati-hatilah apabila menerima tawaran
dari pelakun-pelakun yang telah lama berkecimpung
kerana tidak semua tawaran bernada jujur dan ikhlas
dan gunakanlah akal sebaik yang mungkin
agar mukabuku ini tidak akan membuatkan
airmatamu tertumpah.

Qalam Bertinta
29122012
0921am
SANDIWARA MUKABUKU

Di mukabuku ini
berbagai sandiwara akan ditemui
dengan lakunan yang berbagai
yang dilakunkan oleh pelakun-pelakun amatur
namun profesional memainkan wataknya
dalam merealisasikan hasrat hati
yang benar atau pun penuh kepalsuan.

Pada pelakun-pelakun yang masih mentah
untuk memainkan wataknya di mukabuku ini
berhati-hatilah apabila menerima tawaran
dari pelakun-pelakun yang telah lama berkecimpung
kerana tidak semua tawaran  bernada jujur dan ikhlas
dan gunakanlah akal sebaik yang mungkin
agar mukabuku ini tidak akan membuatkan
airmatamu tertumpah.

Qalam Bertinta
29122012
0921am

Mengharapkan mimpi kembali.



Sehari lagi berlalu pergi
malam-malamku sunyi mendampingi
tiada hiruk tiada pikuk berbangsi
hanya sepi menemani
langkahanku si pengembara di lubuk suci
berbekalkan seruling hati
kulabuhkan bahtera sanubari
mencari erti 
dan realiti sebuah mimpi.

Semuga aku bermimpi bertemu puteri fantasi.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.


Hukum Alam.


Ayam jantan sedang berlaga
si betina memandang bermuka selamba
menanti dengan debaran di dada
si jantan mana,
bakal menjadi suami mi segeranya.

Berbulan madu di tepi tangga
malah! 
Di atas padang bola pun boleh juga,

asalkan ada!.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Letih,



definasikanlah sendiri,

kalau faham
syukur Alhamdulillah,

kalau tak faham?
Sudah! 

Tolaklah ke tepi jendela maya.

Dah! 

Sudah.

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

Friday, 28 December 2012

Tak sudah-sudah II


Sanggah menyanggah menyumpah seranah
sampah,

berdebat bertitisan darah.

"Warna apa selain merah?"

"Tak tahu lagikah?".

s/spl/pm ... 28/12/2012.

Sukar Diraba



sedekat mata memandang
sejauh hati merasa
rindu tak pernah usai
selagi kuntum kasih membara
meski sukar diraba
getar hati sering bicara
menghantar rindu
melalui bayu
di dini malam

embi estar - 28.12.2012
Sukar Diraba

sedekat mata memandang
sejauh hati merasa
rindu tak pernah usai
selagi kuntum kasih membara
meski sukar diraba
getar hati sering bicara
menghantar rindu
melalui bayu
di dini malam

embi estar - 28.12.2012

Biji-Biji Dandelion



kutahu cintamu abadi
ke hujung hayat
tak seperti biji-biji bunga dandelion
berterbangan bersama angin
jatuh dan tumbuh di mana-mana

embi estar - Disember 2012
Biji-Biji Dandelion

kutahu cintamu abadi
ke hujung hayat
tak seperti biji-biji bunga dandelion
berterbangan bersama angin
jatuh dan tumbuh di mana-mana

embi estar - Disember 2012

Sisipan Senja.



Petang menggamit senja
aku memulakan tugas di waktu berkerja
tugas yang amat mudah rasanya
meronda-ronda di alam maya.

Kuselak dan kuteroka
setiap lembaran yang tersedia
mencari sesuatu yang menguja
yang bisa membuat hatiku teruja.

Namun sia-sia
rondaanku di sini mencalit luka
meresap sendu di dalam jiwa
berona duka di titian hampa.

Mungkinkah ini suratannya
tiada kebetulan yang telah direka
tercipta konflik di episod duka
mewarnai langit di kalam senja.

Ahh! Akur aku atas kemahuannya
tidak terbendung untuk kuseka
jaluran hitam bersarang di dada
kuanggukkan sahaja bahu dan kepala.

Ingin kugeleng tiada kudratnya.

ss/spl/pm ... 28/12/2012.


CINTAKU BERTEMANKAN KEBENCIANMU


Anjing itu masih menyalak Gong Gong.


Anjing itu masih menyalak
gong, gong
dari malam tadi,

"mungkihkah tercekik tulang?"

Biarlah aku naikkan satu palang
buat menghalang 
anjing tu dari datang menyergah,
menyerang
anjing yang tidak diundang.

"Padan muka"

Gong, gonglah lagi.

ss/spl/pm ... 28/12/2012.

MENCARI DAMAI YANG SEJENAK



Mencari damai yang sejenak
tika gelora hati sedang membadai
cuba mengerti tentang ketewasan
dalam sorak tanpa suara
tanpa tepuk dan tanpa apa-apa
pun tanpa sesiapa.

Qalam Bertinta
27122012
2335pm
MENCARI DAMAI YANG SEJENAK

Mencari damai yang sejenak
tika gelora hati sedang membadai
cuba mengerti tentang ketewasan
dalam sorak tanpa suara
tanpa tepuk dan tanpa apa-apa
pun tanpa sesiapa.

Qalam Bertinta
27122012
2335pm

SEORANG TUA SI TUKANG GUNTING RAMBUT



Dulu akulah yang orang cari
mengemas apa yang serabut
mencukur apa yang perlu dicukur
dengan beg galasku
serta sebuah bangku kayu
mengelilingi dari kampung ke kampung
sebagai seorang tukang gunting
sekadar mencari sesuap nasi
untuk keluargaku yang menanti penuh sabar
dan dengan penuh harapan.

Tapi itu dulu
sewaktu pelangganku belum kenal lagi
dengan mesin rambut letrik
belum merasai lagi
duduk di kerusi empuk
dan bilik yang berhawa dingin
namun sekarang semuanya telah mereka kenali
dan aku pun semakin terpinggir
jauh dari keinginan mereka.

Kini semuanya menjadi sejarah
sejarah yang tercatat dari airmata
biarpun beg galas dan bangku kayu itu
masih setia menanti pelanggan
pelanggan yang semakin terlupa
bahawa di sini, seorang lelaki tua
dengan setianya juga
menanti dengan penuh harapan
sedangkan dia sedar bahawa harapannya
sekadar tinggal harapan.

Pun si tukang gunting rambut itu
masih setia menanti!... .

Qalam Bertinta
28122012
1236am
SEORANG TUA SI TUKANG GUNTING RAMBUT

Dulu akulah yang orang cari
mengemas apa yang serabut 
mencukur apa yang perlu dicukur
dengan beg galasku
serta sebuah bangku kayu
mengelilingi dari kampung ke kampung
sebagai seorang tukang gunting
sekadar mencari sesuap nasi
untuk keluargaku yang menanti penuh sabar
dan dengan penuh harapan.

Tapi itu dulu
sewaktu pelangganku belum kenal lagi
dengan mesin rambut letrik
belum merasai lagi
duduk di kerusi empuk
dan bilik yang berhawa dingin
namun sekarang semuanya telah mereka kenali
dan aku pun semakin terpinggir
jauh dari keinginan mereka.

Kini semuanya menjadi sejarah
sejarah yang tercatat dari airmata
biarpun beg galas dan bangku kayu itu
masih setia menanti pelanggan
pelanggan yang semakin terlupa
bahawa di sini, seorang lelaki tua
dengan setianya juga 
menanti dengan penuh harapan
sedangkan dia sedar bahawa harapannya
sekadar tinggal harapan.

Pun si tukang gunting rambut itu
masih setia menanti!... .

Qalam Bertinta
28122012
1236am

Setujukah kamu?



Bila aku katakan
yang cinta itu indah
namun amat meresahkan
cinta itu pasrah
namun tiada bernokhtah
tiada jalan penyudah
kerana cinta adalah satu anugerah
buat jiwa-jiwa yang basah
insaniah.

Setujukah kamu akan rumusan
yang aku katakan itu?

Atau setujukah kamu
seandainya
aku menyatakan
yang cinta itu tiada bermata 
tapi tidak pula buta
cinta itu khayalan
penuh godaan
namun itulah yang didambakan
setiap insan.

Setujukah kamu?

ss/spl/pm ... 28/12/2012.



Thursday, 27 December 2012

Pesanan ikhlas untuk diriku.


Sudah-sudahlah tu 
gantungkan pena
pergilah membuta,

rehatkan minda. 

Jam 3,
operasimu bermula semula.

ss/spl/pm ... 27/12/2012.

Bersandar.



Burkk!

Tak sopan sungguh!

Peduli apa!

Janji perutku kekenyangan
tidak menyusahkan
orang
yang lainnya!

Alhamdulillah syukur.

ss/spl/pm ... 27/12/2012.

Lentera kecilku.


BILA KUSERAHKAN CINTA



Bila kuserahkan sebuah cinta padamu
bukan hanya cinta sahaja yang kuberikan
tetapi seluruh perasaan yang ada padaku
juga kuserahkan
kerana cinta tanpa perasaan
sepertinya jasad tanpa nyawa.

Qalam Bertinta
27122012
0917am
BILA KUSERAHKAN CINTA

Bila kuserahkan sebuah cinta padamu
bukan hanya cinta sahaja yang kuberikan
tetapi seluruh perasaan yang ada padaku
juga kuserahkan
kerana cinta tanpa perasaan
sepertinya jasad tanpa nyawa.

Qalam Bertinta
27122012
0917am

ANGANKU


MAAFKAN AKU

BILA SENGKETA TERSENYUM MENGEJEK



Aku cuba mengerti dan memahami
namun pengertian dan pemahamanku terbatas
lantas seribu persoalan mula berlegar di benak fikiran
apakah aku yang tersilap
hingga andaian mencipta onar
menjarakkan kepercayaan yang tersimpan
dan cinta pun semakin menjauh.

Bertanya pada diri
inikah yang kita inginkan
membiarkan sengketa tersenyum mengejek
demi kerana satu kepercayaan
yang kausisipkan dengan alasan
bermain pada setiap ungkapanmu
dan rasa percayaku juga semakin menjauh.

Kini
semuanya akan kubiarkan
kerana apa jua kataku
apa jua pesananku
berterbangan dengan keenggananmu
tanpa memberi ruang padanya
untuk singgah sebentar di hatimu.

Dan dirimu juga semakin menjauh…

Qalam Bertinta
27122012
1405pm.
BILA SENGKETA TERSENYUM MENGEJEK

Aku cuba mengerti dan memahami
namun pengertian dan pemahamanku terbatas
lantas seribu persoalan mula berlegar di benak fikiran
apakah aku yang tersilap
hingga andaian mencipta onar
menjarakkan kepercayaan yang tersimpan
dan cinta pun semakin menjauh.

Bertanya pada diri
inikah yang kita inginkan
membiarkan sengketa tersenyum mengejek
demi kerana satu kepercayaan
yang kausisipkan dengan alasan
bermain pada setiap ungkapanmu
dan rasa percayaku juga semakin menjauh.

Kini
semuanya akan kubiarkan
kerana apa jua kataku
apa jua pesananku
berterbangan dengan keenggananmu
tanpa memberi ruang padanya
untuk singgah sebentar di hatimu.

Dan dirimu juga semakin menjauh…

Qalam Bertinta
27122012
1405pm.