Saturday, 22 December 2012

Biarlah!



Biarlah orang nak berkata
biarlah orang nak mengata apapun jua
diberikan bidalan di dalam kata-kata
peribahasa yang aku terima
dikatakannya diriku,

'tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan' 

peribahasa yang jelas menyatakan
tentang ketidakadilan
yang aku lakukan 
dalam menjatuhkan sebuah hukuman 
hukuman demi kerukunan
persahabatan.

Biarlah!
Aku terima apa yang dikatakannya
kerana selain aku 
orang lain tak perlu tahu
maksud gerangan 
tindakan yang aku lakukan.

Biarkanlah.

ss/spl/pm ... 22/12/2012.


No comments:

Post a Comment