koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 21 December 2012
Bara di jiwa.
Rindu yang berbekas di dada
masih terpancar sinarnya
mengolah rasa
melemaskan minda berduka lara.
Dalam kilauan memeritkan
mata mengalir jernih bertitisan
sendu berhiba
tiada terseka jejari buta.
Baranya yang masih membara
membakar sukma merentongkan rasa
jiwa menjerit meronta
aku masih di sini
berlagu duka meratap hiba.
Jiwaku terseksa.
ss/spl/pm ... 21/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment