koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 22 December 2012
Lantaklah.
Lantaklah!
Seringgit tak akan bisa jadi sekupang
seandainya tidak digunakan
buat membeli barangan keperluan
atau kita berjoli sakan
malahan seringgit akan bertambah nilai
jika kita pandai beringat
menabung
dan berjimat dalam perbelanjaan.
Ahh, lantaklah!
Apa yang orang mahu katakan
seandai kita telah jauh ke hadapan
tak akan kita mahu berundur ke belakang
untuk melaksanakan apa yang kita tinggalkan
hanya yang bisa kita lakukan
hanya menoleh barang sebentar
untuk kita jadikan iktibar
dan juga pedoman.
Kuatkan pegangan dan kukuhkan iman.
ss/spl/pm ... 22/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment