koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 22 December 2012
Bagaikan Camar, pulang ke sarang.
Pulanglah sayang
pulanglah ke dakapan yang tersayang
yang sentiasa dahagakan kasih dan sayang
dari seorang insan yang disayang.
Pergilah sayang
pergilah engkau menjauhkan dirimu sayang
dari diriku yang pernah engkau sayang
tidak berbaloi untuk kaukenang.
Terbanglah sayang
bak camar terbang pulang ke sarang
sarang yang mendambakan sentuhan kasih dan sayang
dari dirimu yang yang masih disayang.
Bebaslah engkau sayang
bebas terbang
pulang
ke pangkuan yang tersayang.
ss/spl/pm ... 22/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment