Thursday, 27 December 2012

BILA SENGKETA TERSENYUM MENGEJEK



Aku cuba mengerti dan memahami
namun pengertian dan pemahamanku terbatas
lantas seribu persoalan mula berlegar di benak fikiran
apakah aku yang tersilap
hingga andaian mencipta onar
menjarakkan kepercayaan yang tersimpan
dan cinta pun semakin menjauh.

Bertanya pada diri
inikah yang kita inginkan
membiarkan sengketa tersenyum mengejek
demi kerana satu kepercayaan
yang kausisipkan dengan alasan
bermain pada setiap ungkapanmu
dan rasa percayaku juga semakin menjauh.

Kini
semuanya akan kubiarkan
kerana apa jua kataku
apa jua pesananku
berterbangan dengan keenggananmu
tanpa memberi ruang padanya
untuk singgah sebentar di hatimu.

Dan dirimu juga semakin menjauh…

Qalam Bertinta
27122012
1405pm.
BILA SENGKETA TERSENYUM MENGEJEK

Aku cuba mengerti dan memahami
namun pengertian dan pemahamanku terbatas
lantas seribu persoalan mula berlegar di benak fikiran
apakah aku yang tersilap
hingga andaian mencipta onar
menjarakkan kepercayaan yang tersimpan
dan cinta pun semakin menjauh.

Bertanya pada diri
inikah yang kita inginkan
membiarkan sengketa tersenyum mengejek
demi kerana satu kepercayaan
yang kausisipkan dengan alasan
bermain pada setiap ungkapanmu
dan rasa percayaku juga semakin menjauh.

Kini
semuanya akan kubiarkan
kerana apa jua kataku
apa jua pesananku
berterbangan dengan keenggananmu
tanpa memberi ruang padanya
untuk singgah sebentar di hatimu.

Dan dirimu juga semakin menjauh…

Qalam Bertinta
27122012
1405pm.

No comments:

Post a Comment