Thursday, 25 July 2013

NOTA RINGKAS TENTANG PEMBINAAN HAIKU.


Haiku adalah bentuk puisi tentang musim datangnya dari kesusasteraan Jepun yang terbentuk dari pengamatan mereka tentang musim-musim di sana. Ia harus mempunyai KIGO(kata bermusim), KIREJI(imej yang dilihat bukan dirasai) dan juga metafora yang mengukuhkan lagi musim yang dilalui.


Haiku bukan puisi pendek tentang cinta ataupun kasih sayang...lebih tepat mendewa-dewikan manusia...kerana itulah haiku bukan berlandaskan kepada persona...kalau ada persona di dalamnya ia adalah puisi pendek bukan haiku.


Ok...kita lihat pula pembinaan haiku di Malaysia.


Di Malaysia tidak banyak musimnya...oleh itu senang untuk kita kaitkan kata bermusim tentang musim-musim di Malaysia...sebagai contohnya:


KIGO (KATA BERMUSIM).


1. SAWAH MENGUNING - kigo tentang musim menuai padi

2. SAWAH MENGHIJAU - kigo tentang musim menanam padi
3. KATAK BERBUNYI - kigo tentang musim hujan
4. CAMAR YANG PULANG - kigo tentang laut bergelora
dan sebagainya.

Dalam perayaan juga ada kigonya. Seumpama:


1. TAKBIR BERGEMA - kigo tentang hari raya puasa

2. LEMBU DI KANDANG - kigo tentang hari raya haji.
3. TARIAN SINGA - kigo tentang tahun baru cina
4. PESTA CAHAYA - kigo tentang deepavali
dan sebagainya.

Dalam Islam juga ada kigonya. Contoh:


1. MAULIDULRASUL - kigo tentang hari kelahiran Nabi Muhamad SAW

2. Nuzul AL-QURAN - kigo tentang bulan Ramadan
dan sebagainya.

Kigo tidak boleh sewenang-wenangnya dikaitkan tentang kehidupan kita...ia adalah kata-kata bermusim.


KIREJI (IMEJ).


Pembentukan imej haruslah tentang apa yang kita lihat(suasana) bukan tentang apa yang kita rasai...kalau terbabit perasaan di situ ia telah berbentuk PERSONAFIKASI dan tidak sesuai dijadikan sebuah HAIKU.


METAFORA (KATA PERLAMBANGAN)


Pembentukan metafora haruslah berlarian tentang apa yang kita tulis di awal pembentukan sesebuah haiku tetapi mempunyai makna tentang apa yang kita alami ketika itu...ia tidak boleh dicipta selari untuk mengelakkan HAIKU kita dibaca sebaris ayat.


Kita mula membina sebuah HAIKU.


Format haiku di Malaysia adalah 5/7/5 sukukata dalam setiap barisannya...dalam satu perenggan ada 3 barisan...di situlah letaknya sukukata yang akan kita bina. Contohnya:


1. Barisan pertama: 5 sukukata, membentuk KIGO sesebuah haiku.

2. Barisan kedua: 7 sukukata, membentuk KIREJI(IMEJ) sesebuah haiku.
3. Barisan ketiga: 5 sukukata, membentuk METAFORA(KATA PERLAMBANGAN) sesebuah haiku.

Contoh haiku:


camar yang pulang (KIGO)

lereng bukit yang tinggi (KIREJI/IMEJ yang dilihat)
maruah sarang (METAFORA)

kita lihat sukukatanya


ca mar yang pu lang (5 sukukata)

le reng bu kit yang ting gi (7 sukukata)
ma ru ah sa rang (5 sukukata)

Diharapkan jelas apa yang saya kongsikan di sini serba ringkas tentang pembinaan sesebuah haiku. Dan diharapkan juga sebelum kita membina HAIKU ini haruslah dicari dahulu KIGOnya yang bersesuaian tentang musim yang ingin kita ciptakan dan imej haruslah apa yang kita lihat bukan yang kita rasai bukan main suka-suka sahaja menciptanya tanpa kata bermusim.


INGAT!! HAIKU ADALAH PUISI TENTANG SESEBUAH MUSIM.


Sekian terima kasih. 


Sazalee Sulaiman ... 25/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

IMEJ Haiku adalah dua yang berlainan di senario yang sama... baris ke 3 pula adalah "pantulan" iaitu CITRA yang menceritakan IMEJ dibaris 1 dan 2. Maka di sinilah KIREJI terlaksana..
metafora hanyalah dari sudut bahasa ... kerana KIREJI di baris ketiga adalah makna bahasa jepun iaitu "ayat pemotong" terjemahan dari bahasa jepun. ayat pemotong ini juga ditafsirkan kepada bahasa melayu adalah istilahnya metafora (kerana tiada istilah tepat) maka ia adalah metafor yang fizikal bukan META (maya)
statement-nya "kireji is not metaphoriaccly using metaphor"....dengan yang lagi mudah faham... elakkan menggunakan "KIASAN" dibaris ke 3


perkongsian dari Angah Arie

No comments:

Post a Comment