koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 24 July 2013
YANG PASTI
Waktu engkau sedang bermain
pada lembaran hayat
dan kagum dengan kehebatan
sesaat tidak ingin lepas
merebut semua peluang
selamanya
pasti ada ketikanya
engkau seperti lupa diri
terperangkap dalam kantukmu
dan khayal dalam mimpi yang manis.
Namun
andai sakit mengigit
walau mata terpejam
kepedihan bagai merejam
tidurmu tak selamanya panjang
mimpi pun hilang
dan engkau terlantar
dalam rintih dan letih.
Hingga sesaat
segala kemegahan
dan perih peri
serta bunga- bunga mimpi
tiada lagi menghantui
bila mati itu pasti
segalanya tiada lagi bererti.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
11 Julai 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment