koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 27 July 2013
GURINDAM BERLAPIS MENYENTUH LEBARAN 2.
Rimbunnya hutan sungai melimpah
aur dan tebing tetap dilangkah
hati monyet tetap dilapah.
Copak-capik berjalan pincang
harimau dan sawa tinggal di belakang
arang berbara, rendang terhidang.
Cakap siang telinga dipapar
cakap malam telinga dipagar
di tumit semut belebas bergegar.
Tangkai lembut tidak bercangkuk
tidak menegak terlentuk-lentuk
pandai bergebang terangguk-angguk.
Sazalee Sulaiman ... 27/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment