koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 28 July 2013
Aku Pelik
pada lafaznya
yang di tampuk kuasa menjunjung sunnah
bicara tentang penyatuan ummah
bersungguhkah mereka?
belajar dari sejarah agama
penyatuan atas nama persaudaraan
yang dibawa Junjungan Besar S.A.W
tapi mengapa?
rakyat makin berbeza
tiada warna-warna senada
kian berpuak menegak agenda
menjauh dari ajaran agama
berbalah demi kuasa
tiada usaha membulat suara...
CNM, 28 Jul 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment