koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 28 July 2013
GURINDAM BERLAPIS MENYENTUH LEBARAN 3.
Rojak mi si rojak buah
makannya pasti enak berkuah
syukurku Allah rezeki-Mu melimpah-ruah.
Siang terang malam gelita
girang bebudak bermain pelita
aroma raya di dapur bonda.
Hai, indahnya rasa suasana
yang dipesan dah pun tiba
budak-budaknya sahaja ke mana.
Lenggang-lenggok langkah cik Ainon
ke kanan ke kiri pinggul dihayun
sayang sedikit kurang berinci kain ditenun.
Sazalee Sulaiman ... 28/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment