koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 29 July 2013
AL-QADAR.
Bermain pelita di malam hari
sorak gembira di malam sunyi
Al-Qadar menanti untuk dicari.
Anak-anak riang gembira
orang tua di surau sana
pencarian Al-Qadar sudah bermula.
Sungguh riang hati musafir
melangsai tugas sebelum berakhir
jelma Al-Qadar tidak dimungkir.
Cantik sungguh anak Pak Abu
berkebaya songket si merah jambu
salam Al-Qadar ikhlas dariku.
Sazalee Sulaiman ... 29/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment