koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 4 June 2014
HARI KE LIMABELAS: BERSYAIR DALAM SIULAN
Hujan rintik masih bersiram
di bumi petang kian berihram
langit senja mula temaram
di biasan lopak pelangi melaram
ubun menadah membawa resah
meleleh ke pipi ingin kukisah
hujan menyimbah hatiku susah
payung tiada bajuku basah
meskipun jauh tetap kurempuh
tempiasnya hujan rela kutempuh
demi rezeki yang aku simpuh
baju bergosok jaket mengampuh
beginilah nasib petugas kawalan
walaupun basah tugas berjalan
amanah tergalas menjadi bekalan
petugas dedikasi jadi siulan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/06/2014
6 Syaaban 1435
19.30pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment