Tuesday, 10 June 2014

POTONG 'STIM'


Jalan-jalan cuti sekolah
tengok lampu sungguh meriah
pelbagai warna termasuklah merah
bagai pelangi cahaya melimpah
di waktu malam menyuluh arah
di I-City kota muhibah
pengunjung datang berpusu ziarah
namun aku berhati gundah
rasa sakit membuatku resah
kaki berseret namun aku menggagah
sehinggalah ... ,
seluarku terasa basah
berwarna merah di kangkang mencelah
pedih tak payah ceritalah
terasa berdenyut tak tentu arah
srut srut keluarnya darah
bagai perempuan berbulan merah
rupanya bisulku yang pecah
atas bangku aku tersenyum berempah
aduhai!

Potong 'stim' sudah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/06/2014.



No comments:

Post a Comment