Monday, 2 June 2014

TAK APA


Musim berlalu
hari berganti
rembulan beradu
celik kembali
tiada istimewa.

Tak apa,
Teja pun pernah terlupa
kerana sireh jampi
Tuah dicinta
hanya sekadar dato laksamana.

Tak apa,
Fatimah pun sama!
Kerana kasih kepada suami-raja
arwah suami mati dibunuh
lupa dibela.

Tak apalah!

Tarikh hanyalah tanggal
tidaklah tunggal
akan berulang-ulang
pergi dan datang
datang dan menghilang.

Tun pun ada berkata
melayu memang mudah lupa
dah adat agaknya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
02/06/2014
4 Syaaban 1435
21.00pm.

No comments:

Post a Comment