koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 21 December 2012
Kisah sepasang camar dan kita berdua.
Sepasang camar sehati sejiwa
saling mengerti kehendak sesama
meniti hari riang gembira
bagaikan aral tidak menyapa,
walaupun akur kehendak dunia
namun terpisah tidaklah lama
usai menjelajah seluruh benua
ke sarang radunya rindu menyapa,
kembalinya camar bergurau senda
riuh bertingkah sungguhlah mesra
bagai berkurun terpisah jiwa
kasih tercipta bersarang cinta,
bagaikan kita di sempadan maya
terpisah jurang di alam yang nyata
namun berdakap berkucupan mesra
seia sekata sehati sejiwa,
bercanda kita menyemai rasa
di alam maya tiada sempadannya.
ss/spl/pm ... 21/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment