koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 7 December 2012
Rerama dan Debunga.
Sayangilah bahasa
dan martabatkanlah sastera kita
yang dipandang tinggi persada dunia
tiada secubit kelibat celanya
tiada ternoda kehalusan seninya
dari dinoda pengkhianat-pengkhianat bangsa
yang rakus berhati durjana
puaka,
mahu merogol keindahan bahasa
di dalam karya-karya bertatabahasakan rojak
dilacur dan diinjak-injak
di bawah tumit mereka yang durjana
kerana bahasa,
bahasa sastera kita
menjadi lambang kemegahan di hati bangsa
diibarat sekuntum bunga yang mekar
semarak dengan debunga-debunganya
buat santapan rerama
yang lapar dan dahaga akan kemanisannya.
Begitulah manisnya sastera kita di mata dunia
jadi haruskah kita melacurkannya?
Dengan merojakkan bahasa dan sastera kita.
Tepuklah dada dan tanyalah akal kita!
Di manakah letaknya maruah bangsa kita?.
ss/spl/pm ... 07/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment