koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 24 February 2014
DERAP KAKI KIAN PERLAHAN
Sehayat bakti kasut
lelah sepanjang jalan
menurap serapan pendakian
bagai tari di lantai kerikil
bagai jari digigit sempit
menggulung selaput amarah
cubaan melontar ke pelusuk damai
jauh mematikan hasrat nan tertinggal
di mana tujuan di permulaan
di mana akhiran disudahkan
masih kunci di genggaman
masa yang sedikit berbaki
masa yang terus berlari
pintu sebenar belum dilewati
hakikat lusuh kasut di kaki
sebuah pesan tersarung bukti
derap tari kian perlahan
derap kaki gigil menyaksikan
lusuh kasut, bukan lusuh perjuangan.
~AE/240214~
::TintaMataPena::
YangMerahItuSaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment