koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 26 February 2014
PANTUN: MEMECAH SUNYI
Rengekan malam jelas bergumam,
rintikan hujan masih berbalam;
Terbenih awan tidak terkemam,
berbuih laut memaut kalam.
Malam berdiang hangat berpeluk,
subuh yang sunyi puyuh meranduk;
Kurendam elok di dalam geluk,
mengomel isim di dalam duduk.
Di dalam sungai keli meliuk,
berdebur bunyi memecah tunjuk,
Ubinya kayu dalam periuk,
keras bak batu bila merajuk.
Pukulan cambuk di malam sunyi,
jelas berbirat di hati sepi;
Rindu berfatwa makin berbunyi,
panah asmara gelora mimpi.
Aduh! Demam tak kebah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment