koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 19 February 2014
MONOLOG BIRU NAN KELABU
Langit biru menyapaku;
"Gerangan mengapakah engkau tersedu?
Sedangkan engkau seorang soldadu
selalu berperang tanpa jemu
laut dan badai kaku kehadiranmu
dengar namamu
terdiamlah mereka ombak pun lesu
pasti merayu"
Jawapku kepada langit yang biru;
"Bagaimana ingin kukhabarkan kepadamu
sepertinya kamu hatiku biru nan kelabu.
Ya!... aku seorang soldadu
sekarang pun masih seorang soldadu
sedang berperang di medan baru
hati nan pilu
syahdu pada pukulan rindu"
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
19/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment