Tuesday, 25 February 2014

BEBASKAN PASUNGAN


Apabila aku mengatakan perawan
aku berkata dalam konsep keremajaan
seorang gadis baru mengenali erti kehidupan
seorang gadis baru mengenali apa itu cinta
bukan bermaksud gadis berada di hadapan mata.

Apabila aku mengatakan menghidang keperawanan
aku luahkan dalam konsep hati dan kejiwaan
seorang gadis meluahkan apa dirasa
seorang gadis menyatakan perasaan cintanya
bukan bermaksud gadis menyerahkan mahkota idaman.

Apabila aku mengatakan seorang gadis berkemban
aku nyatakan dalam konsep berlapik perkataan
seorang gadis meluahkan perasaan yang tersembunyi
seorang gadis malu mahu meluahkan keinginan
bukannya bermaksud gadis berkemban di hadapanku.

Itulah magis dalam permainan pengkaryaan
yang disokong daya imaginasi minda keterbukaan
HOKa memberikan sebuah gambaran
dan HOKi menyediakan segala jawapan
di situlah letaknya ilmu yang tiada batasan.

Berfikirlah di luar kotak pemikiran
usah dipasung fungsi minda kehidupan
baru terjana imaginasi berkekuatan
yang kaya dengan daya keilmuan
kerana setiap huruf, ada kamus untuk dimengertikan.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
25/02/14.

No comments:

Post a Comment