koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 16 February 2014
IKHLAS: GULAI LEMAK VS EMAK
Mak!
Baung ini untuk emak
saya pancing di tasik bersemak
kerana tahu baung kesukaan emak
saya bawa balik untuk emak
dimasak gulai lemak.
Nak!
Terima kasih wahai anak
kerana ingatan tulus seorang anak
memasak bukan emak tak nak
kerana baung memang enak
gulai lemak kesukaanmu, aduhai anak.
Gulai lemak atau emak?
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
16/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment