Saturday, 15 February 2014

SIMFONI KATIL BESI


Sakit... ,
sakit sentiasa menemani
tanpa kita sedar atau sedari
yang terkadang hanya menipu diri
takut pada bayang-bayang sunyi
terbaring di kamar sepi.

Sakit... ,
sakit akan sentiasa menghuni
walau cuba kita jauhi
langkah laju cuba menghindari
namun tertancap duri di hati 
badan sihat akan terbaring mati.

Sakit... ,
ya sakit! Sakit akan sentiasa mendampingi
walau dalam senyum cuba dikaburi
berpura dalam ego berdiri 
tegaknya kaki goyah tidak diketahui
menghilangnya diri pasti dihidui.

Sakit... , 
kalau difikir memang untuk menguji
datangnya tanpa dapat kita tahani
menguji reda di dalam hati
tawaduk kepada Tuhan yang Mengasihi
kepada setiap insan-insani.

Sakit... , 
sakit datang membentuk isyarat seni
di hati degil seorang insan puisi
tidak mahu mengalah minda diperahi
sehingga terbaring di katil besi
badan kaku pucat dan lesi.

Semoga sakit yang datang ini
tidak menyusahkan insan yang aku sayangi
terbaringnya aku biarlah bersendiri
sakitku ini harus aku gagahi.
Ya Allah aku menadah sepuluh jari
memohon ampun dosa yang telah aku lakui.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
15/02/14.

No comments:

Post a Comment