Saturday, 31 May 2014

MONOLOG: GEMA NURANI


Aku menunggu di tengah padang
dalam gelap terbentang
katak-katak untuk aku jadikan umpan
ikan-ikan bersarapan.

"Balik bang! Malam dah jauh menjalang
katak dah pulang
ikan-ikan di tasik masih berenang
esok boleh dipegang"

Aku mengangkat punggung
curiga!
"Suara siapakah itu?"

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
31/05/2014
2 Syaaban 1435
22.30pm.

Banyak Masakah Lagi?


Oit!
Banyak masakah lagi?
Sesedap hati
menongkah arus suci.


Hais!
Banyak masakah lagi?
Seronok membuta tuli
ajaran diinjak tanpa peduli.


Opps!
Banyak masakah lagi?
Sampai lupa diri
kelak tak sempat kembali.


Hei, masa kian mendekati!

CNM, 31/5/14

SALAM TAKWA RAMADAN


Azan Maghrib bergema
mentari senja bergenta
menjadi petanda
Ramadan kian menyapa
memberi salam takwa
pada sekalian jiwa manusia.

Jawablah sebaik-baiknya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
31/05/2014
2 Syaaban 1435
20.00pm.

HARI KE SEBELAS: AURA


Petang hangat
terasa aura menyengat
bernafas keringat
dia dah dekat.

Dia bermakrifat
dia datang beramanat
aura bersyafaat
berfadilat.

Hari ini dua Syaaban di kiblat
duapuluh tujuh hari lagi bersyariat
di hati insan-insan yang taat
dialah aura Ramadan yang berkat.

Hari ke sebelas aura datang mengingat.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
31/05/2014
2 Syaaban 1435
19.10pm.

MENANTI MENTARI DATANG


Dini rimba
dingin kota
kodok rumba
hiba hiba.

Gedekgedek gedekgedek ong.

Di hujung lalang
di belakang longkang
di hadapan palang
cari belalang.

Perung
pelong
lolong
serong.

Embun gersang
dada sawang
mentari rambang
orang orang.

Ong gedekgedek ong.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
31/05/2014
04.10am.



Friday, 30 May 2014

Tragedi 38 : 2


Dari Krai ke Ketereh
apa yang dicari?
tanggal 20 Mei
sepatutnya hari mengaji
di mana waris gadis ini?
Sudahnya dikenduri.


Sadis
begitu pincang institusi
anak-anak yang sepatut dilindungi
menjadi putik cicahan lelaki
manusia kian hilang peri
apa nak jadi?
Sistem pendidikan kian berseligi.


Masyarakat Malaysia kian punah.

CNM, 30/5/14

HARI KE SEPULUH: CINTA


Cinta adalah satu anugerah
untuk mereka yang berkasih sayang
tidak dirasai insan berjiwa buta
menganggap cinta satu permainan.

Cinta sebenarnya satu nikmat - satu rahmat
datang bersama bebanan teristimewa
untuk insan yang terang jiwanya
sanggup memikul tanggungjawab terbina.

Cinta terkadang bukan untuk dimiliki
cukup sekadar pegangan dalam kejiwaan
untuk menandakan jiwa masih bernyawa
sanggup dikorbankan bila-bila masa
demi insan yang tercinta.

Kerana cinta jiwa pencintanya sengsara
sanggup menanggung segala derita
dalam kejauhan cintanya semakin membara
dari derita ada manis tercipta
apabila insan tercinta dilihat bahagia.

Cinta berakar umbi dalam jiwa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
30/05/2014
20.00pm.

Coklat Babi


Maka heboh serata negeri
coklat tercemar DNA babi
ada yang tercabar emosi
coklat memang diberahi
tak makan sehari
siksa nurani.


Ada yang mencabar sana sini
jabatan agama majlis fatwa tak terkecuali
tak perlu beremosi
lebih baik elakkan diri
banyak lagi produk boleh dibeli
makanlah sampai berguni.


Aku tak suka coklat apatah lagi yang tercemar dengan BABI!

CNM, 30/5/14.

50pp: Motivasi Pagi



PABILA GELAS BERDENTING


Perahan anggur cinta
memabukkan
nikmat teristimewa
di rongga.

Dihidang dalam gelas jinggering
kristal
yang mudah pecah
rapuh.

Diteguk pasangan bercinta.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
30/05/2014
06.00am.



PESANAN DI KEDINGINAN DINI


Dini ini aku membuat pesanan
nescafe lambung seperti semalam
namun tidak seperti semalam
aku pinta dibungkuskan
tapi dihantar budak pekedai
di dalam gelas

hari ini aku cuma katakan
"nescafe satu"
tidak dibungkus tidak pula digelas
sekadar pesanan ringkas
hanya nescafe satu
namun dihantar pula dalam bungkusan

di sini dapat kita buat satu rumusan
betapa lemahnya minda jati anak bangsa kita
yang kita tak tahu menerawang entah ke mana
apabila pesanan yang ringkas
berlawanan pula diterima
mungkin terlebih minum semut agak-agaknya.

Aduhai anak bangsaku ... ,
cepatlah sedar dari lamunanmu
minda yang lemah perkasakan kembali akarmu
usah berangan di waktu dini sebegini
bagai Mat Jenin di era kini berselimut kaki
mengelamun tak sudah dihanyutkan fantasi

sampai bila mahu jadi begini
anak bangsa lain sudah jauhnya pergi
meninggalkan kamu keseorangan di depan tv
termenung, berkhayal, mengelamun seorang diri
mengharapkan rembulan jatuh ke sisi
dilambung angan-angan tak akan menjadi

sedangkan mereka telah berjejak atas rembulan
boleh dikatakan melancong sambil menimba pengalaman
dari kejauhan melambaikan tangan
meninggalkan kamu yang masih ketinggalan
melihat kartun dari stesen berbayar
si Tokek yang dikejar-kejarkan di padang pasiran.

Lain kali cubalah tukar siaran.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
30/05/2014
04.00am.

Thursday, 29 May 2014

DAHAGA HUJAN


Setitis cukup
hilang dahaga
si tangkai kering
mawar yang layu
basah kelopak
di ranjang malam
kembali bungar
di penghujung rindu
kuisi wadah
di dalam madah.

Setitis hujan sebagai syarat.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
29/05/2014
23.20pm.


CINTA DI TITISAN HUJAN


Kelmarin dingin walau tak hujan
semalam berbahang mengharapkan hujan
hari ini berdiang siang tak hujan
mungkinkah esok akan kembalinya hujan
di malam pencinta merindukan hujan
subur kembali di titisan hujan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
29/05/2014
21.50pm.


MALAM BERHARAP


Bayu berbisik
romantik
hujannya di malam ini
mungkinnya datang
ke sisi
atau mungkin juga tidak jadi bertandang
sedangkan tempayan
di rumahku
lumutnya amat peramah
menjarah.

Malam ini
ubunku bernikah
dek resah
nan membasah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
29/05/2014
21.50pm.


HARI KE SEMBILAN: DUKACITA


Langit terang
mega bertompok
berarak sendu
lagu sayu
gema mengakali.

Bayu mati
bahang membakar
pepohon kering
dedaunan gugur
terpaksa akur.

Hati berbarah
berdukacita
ingin turut serta
tidak dapat bersama
sedih dan hiba.

Adat berkerja
ada kerja ada gaji
tiada kerja tiadalah bergaji
nak ambil cuti
orang lain pun nak cuti.

Ada sumur di ladang
bolehlah menumpang mandi
kalau berumur panjang
dapatlah bersua nanti.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
29/05/2014
20.00pm.

ACARA SUARA KUALA LUMPUR

Kepada kawan-kawan yang meminati dunia puisi dan berkelapangan bolehlah turut sama memeriahkan acara malam minggu ini.
Apa buat Sabtu ini??

Jom kita ke acara santai dan percuma, bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur ( Dataran ), Suara Kuala Lumpur membawakan Ramli Sarip the lagend bersama dengan penyair-penyair tersohor negara, Agi, Zaen, Sani Sudin, Fai dan ramai lagi di atas satu pentas.

Sabtu, 31 Mei jam 8.30 - 10.30 malam. Jangan lupa temujanji kita!

Note: yang penting, perrrcummaaaa! Ko hado? Kehkeh


 

ACARA MALAM ANAK-ANAK ALAM




Kepada rakan-rakan penyair yang berkesempatan usah dilepaskan peluang yang terhidang. Jamahlah sementara masih berpeluang.

" WAHAI SEKELIAN PEMINAT PUISI SELURUH ALAM BERANGKATLAH SUDI APA KIRANYA KE MALAM PERSEMBAHAN SELURUH ANAK ALAM DI ASWARA YANG GEMILANG.TINGGALKAN LUKAMU DI RUMAH ,HADIRKAN RAMAHMU UNTUK SAMA-SAMA DIJAMAH.KURANG TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN TANDA SYUKUR KAMI SEKELIAN KELUARGA ANAK ALAM ATAS KEBERANGKATAN TUAN PUAN KEMAJLIS KAMI. .jumaat 8:30 malam.30 mei 2014." (4 gambar)

50pp: Motivasi Pagi


WARNA DAN KANVAS HATI


Akukah yang hilang
di antara gerimis dan awan
cuba mencanting pelangi
kanvasnya sutera hatiku
lakaran berdarah
sisipan dendam.


Pun akulah yang berdiri
di tangga awan
menadah gerimis
di antara warna dan kanvas sutera
kisahnya berdarah.


Qalam Bertinta
Klang
29052014
1109am

HIDUP YANG MATI


Langit teduh
alam menangis
manusia jadi binatang
simpati dibunuh
rakus akal
mendabik jahil di dada
nafsu ditunggang
iman ditendang
islam turunan.


Dunia jadi syurga
mati fikir
kehendak di ubun-ubun
di telapak kakinya amanah
batil halal
hak najis
jasad bernafas
roh menangis
…mati.


Qalam Bertinta
Klang
29052014
1237pm

RENUNGAN


'Sebagaimana hati, manusia juga akan turut berubah mengikut situasi. Oleh itu pupuklah hati sebaik, semampunya seorang insan'

Renung-renungkanlah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
29/05/2014
06.25am.

PANTUN PERPADUAN


Daun pintu sentiasa terbuka,
terima tetamu dan pengunjung;
Santun dan restu bisa kubaka,
waima berjamu kita bersanjung.

Basah peparu basah di dada,
karat kematu jengkal binasa;
Usah seteru usah beragenda,
erat bersatu kekal sentosa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
29/05/2014
15.40pm.

SOLAT TASBIH


Aku senyum
bermuka tembok
mata bergosok
kecil terbatuk
tercongok
duduk.

Engkau tersenyum
memandangku
langit bercelak
berbirat di dada
remang cahaya
gerhana.

Aku kaku
sayu
dalam tahmid
zikir
memuji-Mu
tasbih.

Subahan-Allah
Alhamdulillah
Walaillahaillallah
Allahu Akhbar.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
29/05/2014
05.00am.

KELANA SANG MUSAFIR


Aku bermusafir di kedinginan dini ini
berkelana di kaki langit bidang nan suci
nun terhidang gugusan bintang misteri
di langit sunyi
mataku memandang sepi.

Tidak terpetik, tanganku ingin mencapai
kok termampu kulakukan hanya cuba menggapai
dalam longlai tangan yang tak sampai
ingin menapai
misteri bintang di dada langit berampai.

Embun menziarah di ubun menitis
bersama gerimis datangnya merenjis
gugusan hilang di langit menangis
berwuduk kumis
dalam sujud musafir pengemis.

Kepada-Mu ya Allah
jiwa raga kuserah
segenap gagah tanganku menadah
di kedinginan dini ini, tubuhku mula membasah
dalam bersujud aku menyembah.

Subahana rabbiyal a’la wabihamdih,
Subahana rabbiyal a’la wabihamdih,
Subahana rabbiyal a’la wabihamdih.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
29/05/2014
04.00am.

Wednesday, 28 May 2014

HARI KE LAPAN: SELOKA NGERI


Ada suara
tiada wajah
: ngeri.

Ada hujah
tiada fakta
: ngeri.

Ada niat
tapi takut
: ngeri.

Ada tapi tiada
: ngeri.

Tiada tapi ada
: ngeri.

Hantu ke lembaga?
: ngeri.

Lembaga berhantu
: lagi ngeri.

Pangkah, pangkah, pangkah
bukan tikam, tikam, tikam
tikam belati di belakang kawan
: itu tragedi yang ngeri.

Hari ke lapan berseloka ngeri.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
28/05/2014
19.30pm.

SECEBIS KENANGAN SEBERKAS KERINDUAN


Kerinduan
pada secebis kenang
terpisah
berlainan arah
terlerai genggaman
di persimpangan jalan
kini tinggal
secebis kenangan
seberkas kerinduan.


Wasiat rindumu
menikam kalbu
undang sendu
kian sayu
rindu...
kantetap ada
kantersimpan
di bingkai kenang.


Saat bias jingga
mewarnai senja
jadi hiasan
indahnya ingatan
hilang sudah
untaian kata
hilang jua
madah pujangga
terpadamkah
sudah
segala
nan di rasa?


ZIE
28/05/2014

TARIAN BISU


Suara - kertas
mulut - tinta
bicara - jari.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
28/05/2014
08.30am.

ANGGUK-ANGGUK GELENG-GELENG


Aku menulis apa yang aku rasa
aku menulis di atas dinding muka-bukuku sahaja
aku menulis berita yang benar sentiasa
aku menulis kritikan yang membina
aku menulis berlandaskan minda yang merdeka
aku menulis bukan membabi buta.

Aku tidak menulis di dinding muka-buku sesiapa
aku tidak menulis untuk mengganggu status tersedia
aku tidak menulis berita yang aku rasa tiada sahihnya
aku tidak menulis untuk mempengaruhi jiwa
aku tidak menulis untuk menghasut anak bangsa
aku tidak menulis berita propaganda.

Dan yang penting
aku tidak mengganggu sesiapa
dalam tulisan yang aku tinta
sekiranya ada yang terasa
aku tak dapat berbuat apa-apa
ya!
Tepuk dada tanyalah kemahuannya
pintu pilihan sentiasa terbuka.

Nasihatku ... ,
usah tenggelam dalam selautan pujian semata-mata
pandanglah kritikan membina bukan menjatuhkan jiwa,
usah berdebat akan benda yang sia-sia
kalau mahu juga berdebat pastikan ada ilmunya,
usah menganggukkan kepala kepada kemungkaran di hadapan mata
agar terjana minda berwibawa generasi merdeka
dan berwacana tidak terikat oleh sesiapa.

Jadilah generasi berjati diri bukan lembu diikat hidungnya
negara kita negara demokrasi, negara berdaulat dan merdeka
seandainya kata-kata disekat tidak boleh dikritik caranya
adakah itu kemerdekaan namanya?

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
27/05/2014
21.30pm.

KEMBALI BERNYAWA


Kembali mengutip bintang
di langit ilham
dingin membaham
dini hari yang lembam
aku terdiam
kiam.

Berseorangan
mencakar suram
bersyukur
kehadrat Ilahi
setelah ubun yang mati
mula menari.

Ohhh bayu!
Daramu aku sentuhi
menitisnya embun di cadar dini
aku nikahi
di bawah langit sepi
kita bersenggama

setelah aku, kembali bernyawa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
28/05/2014
04.00am.


Tuesday, 27 May 2014

HARI KE TUJUH: BERSYUKUR


Bersyukur kerana masih bernyawa
bersyukur kerana masih berkudrat sempurna
bersyukur kerana rezeki masih ada
bersyukur kerana keluarga masih bersama
bersyukur kerana teman memahami citarasa
bersyukur kerana ilham masih ada di minda.

Di setiap langkahan kaki penuh kesyukuran
di setiap lenggangan punggung ada kesyukuran
di setiap belaian bayu adanya kesyukuran
di setiap kicauan burung di situ ada kesyukuran
di setiap laungan azan ada lafaz kesyukuran
di setiap pandangan mata penuh rasa kesyukuran.

Aku bersyukur akan apa yang ada di sisi
aku bersyukur akan apa yang telah diberi
aku bersyukur akan apa yang aku dapati
aku bersyukur akan apa yang aku miliki
aku bersyukur akan gaji yang aku kecapi
aku bersyukur akan minda yang tidak terikat dek tali.

Aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Pemberi
kerana Allah tidak akan pernah menzalimi
hamba-Nya yang beriman dan bersyukur
kecuali manusia yang suka menzalimi diri sendiri
yang tamak
dan tidak bersyukur nikmat kuasa yang diberi.

Hari ke tujuh aku bersujud syukur.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
27/05/2014
19.45pm.

BERENANG DALAM MIMPI


Biarkan aku terlena sebentar
dalam empuk dakapan kelopak mekar
hijau daunan kasih
dibuai kocakan rindu sendu
menyelak akar tidak pernah kan berjejak
ke dasar tasik,
hatta terapung-apung bagai di syurga
meneguk madu dari kasihmu.

Aku ingin berenang di dalam empangan mimpi.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
27/05/2014
13.00pm.

HANYA ALLAH YANG TAHU


Aku senyum
rasa seksi
pagi yang harum
kuucapkan selamat pagi
salam Israj Mikraj
melengkapi
kuhidang
kepada semua insan di dunia ini
semoga keimanan
dan keyakinan
bertambah mantap
dalam meyakini
Allah Maha Perlaksana
Allah Maha Berkuasa
akan apa
yang Dia izinkan.

Berdiri di puncak dunia.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
27/05/2014
06.15am.



#haiga39


Monday, 26 May 2014

RENUNGAN


'Belajarlah mencintai bahasa bukan sekadar tahu menggunakan bahasa'

Renung-renungkan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
26/05/2014
22.20pm.

NIKMAT KESUNYIAN INI


Bersatu dalam sunyi
akan membuat kita lebih mengenali
diri kita sendiri
di mana, ada nikmat yang mendampingi
ada keindahan yang dikecapi
bersyukur dengan pemberian Ilahi
menghargai.
Di hujungnya nanti
menanti
dunia yang bising dan nyeri
menyesak dan melemaskan diri
kegalauan yang bermaharaja di hati
akan hilang;
ghaib dengan sendiri.

Bersyukurlah!
kerana masih diberi
kenikmatan ... ,
dalam kesunyian ini.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
26/05/2014
21.00pm.



RINDU 65


HARI KE ENAM: SUNYI


... .

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
26/05/2014
19.30pm.

KERIS MASIH BERSARUNG


Kulakar kata secantik bahasa
tersusun indah bahasa tercinta
dibangga bangsa setiap masa
tidak kan melayu hilang di dunia
dato laksamana menyisip kata.

Bagaikan keris di dalam sarung
tajamnya mata tidak terhitung
kuat bergetar berdengung-dengung
musuh lari sebelum bertarung
berlapik kata maksud diselindung.

Jangan putus rambut sehelai
tepung sepiring usah dikirai
biarpun nyawa akan bercerai
busuklah jasad di bawah ngarai
tidak terhidu si orang ramai.

Jiwa bangsa di dalam bahasaku
elok berkata tidak berseteru
walaupun tajam mengasah ngilu
sopan bersantun lidah melayu
penjarah berlalu tersipu-sipu.

Keris berbisa aroma kasturi.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
26/05/2014
05.00am.

BIAR KUSENTUH BIBIR LUKAMU


Bicara yang gersang dalam tandusnya fikir
secoret kata seolahnya membeban pundak lafaz
cuba kusapa desir angin 'tuk menemani laman aksara
namun semilirnya menyapu ke laut
dan di pantai sepasang tapak kaki hilang
di antara garis-garis bicara yang diam dalam berkata.


Aku cuma sendiri melayan dingin yang menakutkan
waktu yang perlahan sepertinya menyindir di antara nyanyian lama
aku tidak diajar bermimpi bersiul riang menyemai kebebasan
kuntum-kuntum berdarah memercik
pada kelopak yang mendesak di jendela jiwa
biar terjangkau di mata tangan
namun bukan di mata lepas memandang
dan mimpi pun ditusuki peniti-peniti pada setiap penjuru dadaku.


Menghitung detik dan waktu untuk aku pulang
membasuh kuntum-kuntum berdarah di alam nyata
bukannya garis tanda liang pemakaman berlalang
di antara nyanyian angin pilu mengusik rajuk hiba
lalu aku pun menyentuh bibir lukamu
sambil kita menyapa dalam kesucian yang benar.


Qalam Bertinta
Klang
26052014
1215am

BADMINTON OH BADMINTON


Sunday, 25 May 2014

HARI KE LIMA: SEMANGAT YANG PULANG


Petang yang aman
awan gemawan
langit terang dihamparkan
tiada berhujan
kaki berlangkahan
berkawad perbarisan.

Badan tegap
hati sedap
rezeki diharap
bukan rezeki bersarap
sepatu bergilap
tapaknya berderap-derap.

Semangat yang jitu
penuh nawaitu
kepada Allah Yang Satu
aku memohon restu
sesegaknya aku
berseragamkan biru.

Hari ke lima
rentak kembali bersatu semula
setelah pagi berlalu selesa
mataku terlena
tiada cela
berbantal gebu di kepala.

Semangat perwira
pemegang cota
mendepangkan dada
jalan bergaya
senyum menggoda
digeruni pun ada.

Alhamdulillah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
25/05/2014
19.30pm.

PANTUN SENYUM KAMBING


SENYUM KAMBING


SIMPLOK


Ramainya manusia bertopeng
jalan berlenggang lengeng
angguk-angguk geleng-geleng
ikut telunjuk ronggeng; meronggeng.

Pandang-pandang jeling-jeling
main gasing, pusing-pusing
dada bidang sembang sumbing.

Duduk simpang. tuding; menuding
terguling-guling berguling-guling
tertonggeng; punggung menonggeng
kering, garing.

Berkain pelekat berkain batik.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
25/05/2014
04.20am.

Saturday, 24 May 2014

RENUNGAN


'Ramai dari kita bencikan kebusukan neraka dan sukakan kewangian syurga tetapi pernahkah kita membenci mulut kita yang busuk berneraka dan sayangkan mulut kita yang beraromakan syurga'

Renung-renungkan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
24/05/2014
23.50pm.

AKU TAK LARAT


Aku tak larat
mengangkat kening berbirat
tangkai hati tersirat
meluat
kepada penyanjung suara berdarjat.

Aku tak larat
terkadang rasa mengumpat
di jiwa bersirat
disakat
kepuraan yang maha hebat.

Aku tak larat
menyental hiba berkarat
di mulut bersurat
nasihat
kacang meninggalkan kulit kerabat.

Aku tak larat
menyapu sendu berketuat
berbasa basi tersurat
hakikat
guratan dalam pujian bermuslihat.

Sesungguhnya aku sudah penat.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
24/05/2014
22.00pm.

CINTA YANG KESEORANGAN


Aku menyulam badai hati dengan air mata
biarlah kesedihan itu hanyut bersama kenangan kelmarin
dan bila laut resah kembali tenang
aku akan kembali ke sini
mengutip sisa cinta yang tertinggal
untuk aku mencari lagi
sebuah cinta yang keseorangan.


Qalam Bertinta
Klang
24052014
1351pm

HARI KE EMPAT: MEMANCING


Semalam aku memancing
dapat seekor kap emas bersaiz gadang
yang selebihnya ikan bandaraya
merosakkan net
aku pun melangkah pulang
hati gembira.

Hari ini aku mengulang
di tempat sama
memancing, harapkan hasil berganda
tapi hampa. Hanya tilapia bersaiz tapak tangan
namun bersyukur
walau sedikit pulangan.

Tengari aku pulang
dengan badan keletihan
tak sempat berkemban
aku dah bergelempangan
terus pengsan
padan muka aku.

Petang menjelang
mataku terasa berpalang
penat terhidang
namun aku tetap berjuang
menggagahkan dada yang bidang
demi rezeki, aku bergalang.

Hari ke empat kepala berpusing
malam ini, pastinya bertugas sambil berlengeng
bulu roma akan merinding
hari esok belum lagi kurunding
mungkin akan berehat dari memancing
sebelum nafasku ... berdencing.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
24/05/2014
19.30pm.

Friday, 23 May 2014

TERSEMAT


KUSERAH SEGALANYA


HARI KE TIGA: BERCELAK


Hari ke tiga
aku bercelak di mata
meninggalkan teratak pujangga
di lembayung senja
berbelanga.

Aku juga bercelak di hati
menghayunkan kaki
walau berat berkilo berlebihan kati
akan aku gagahi
diriku ini.

Aku bercelak di seluruh badan
mengorak kekuatan
dalam setiap langkahan
walau tulang-temulang berdendangan
aku anggap cabaran.

Aku bercelak dalam kiasan
melakar satu lukisan
bergagasan
agar menjadi kepuasan
luahan insan.

Hari ke tiga aku bercelak sakan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
23/05/2014
19.45pm.

HAMPARAN JIWA


Biar rindu menjadi selimutku
mendinginkan hati
semalam.

Biar cinta menjadi selendangku
memanaskan hati
esok.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
23/05/2014
05.10am.



DAMAI


JANJI TEMU DI DINI HARI


Subuh
masih lagi kelam
hitam
tiada berbulan
bintang
sesekali halilintar memancar
berguris langit lintang
terang
membakar alam.

Aku terkebil
di bangku usang bogel
setelah lama mungil
terjegil
di kaki langit degil
menahan ngantuk memanggil
dingin
menggigit tulang
jam 3.30 dini.

Guruh bergema
mungkin langit akan hiba
tangisan jagat raya
membasahi bumi hina
membelai insan-insan dina
merengkok - membuta
berseloka di jiwa
tersenyum bertanda
janji temu dilupa.

Kuselak tirai kamar
menguak kaki selembar
wuduk dilamar.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
23/05/2014
03.30am.

Thursday, 22 May 2014

HISTERIA


Malam Jumaat
ada mata memerhati
merenung tepat; tajam
satu persatu
mencari titik lemah
pada urat nadi
pada saraf insan
kotor
tidak suci jasmani
rohani
untuk diserap
untuk diresap
merasuk
jiwa.

"AHHH! AKU TAK GEMAR
KAMU HARUS GENTAR
MANUSIA-MANUSIA MUNGKAR
DI SUDUT ENGKAR"

"WALAU AKU BUKAN ISLAM
SEBAGAI JIN AKU TIDAK AKAN BERDIAM
KAMU SEMUA ANAK HARAM
MEROSAKKAN ALAM"

Terkedu ... ,
gema suara berhantu
dengan nada serak si puru
menghemburkan kata-kata bertalu
memaki hamun padu
memperlihatkan kemungkaran berlaku
gadis terlepas dari kandang ibu
mengangkang di sudut nafsu
berkesedudukan tak malu
di ranjang baldu
berseluar pendek selulit dijamu
mata-mata kuyu
tiada rasa bersalah di kalbu
ditayang pula susuk susu.

"KELUAR KAU JIN KEPARAT
SEBELUM ENGKAU AKU PERHAMBAT
WALAUPUN MEREKA MELAKUKAN MAKSIAT
ITU BUKANNYA SYARAT
UNTUK ENGKAU MENDEKAT
KERANA ALLAH YANG MAHA BERKUDRAT"

"AHHH! AKU TAK MAHU KELUAR
BIARKAN AKU BERAKAR
BIAR NANAR
SETELAH DIA BERONAR"

Malam semakin lanjut
pertempuran terus dihenjut
hilai ketawa semakin bersahut
enam anak gadis bergelut
di lantai terkemut
merungut-bersungut-sungut
jin celaka masih berpaut
ustaz berdahi kerut
janggut dilurut.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
22/05/2014
22.30pm.

p/s: Baca jangan terlalu khusyuk ya takut ada yang mengikut.

HARI KE DUA: MENCARI RENTAK


Hari ke dua
petang Khamis
malam Jumaat
kian menghampiri
menyapa.

Hujan menimpa
rebas
mendatanglah dingin
di ubun layu
merayu.

Badan lemah
mungkin kekurangan saat
jam beradu
setelah sekian lama
bertilam malam.

Bergebarkan bintang
di langit bidang
dingin meraba tulang
aku berdulang
malam berhidang.

Hari ke dua
di lembayung senja
mencoret rasa
berbicara
yang biasa-biasa.

Rentak di limpa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
22/05/2014
19.30pm.

CENDAWAN DAN AKU


Cendawan itu aku
aku adalah cendawan
melata di busut rawan
penata di runut insan
meronta di kasut kawan
peneman flora setaman
selepas hujan
selepas taufan
selepas kebasahan
menimpa laman
sepermainan.

Cendawan itu aku
aku adalah cendawan
wujud tidak mengindah
lenyap tidak diendah
ada tidak dikisah
tiada tidak diresah
apa hendak dikata
aku hanyalah cendawan
cendawan itulah ... ,
aku.

Datang mentari bermandi simbah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
22/05/2014
10.10am.


MENGUKIR JEJAK


Wednesday, 21 May 2014

SYAIR PANDA OH PANDA


Terlakarlah sudah sejarah negara
termeterai di kertas tercetak tertera
panda dihajat tibalah segera
duduk dalam zoo bagaikan si kera

Fu Wa dan Feng Yi selamatlah tiba
disambut meriah berpangku di riba
di hatinya rakyat bagaikan tertuba
anak di rumah dibiarkan menangis hiba

kerjasama dua hala alasan berkari
pinjaman diplomatik katanya pak menteri
sebagai pinjaman perlukan kos dicari
untuk membayar pinjaman dari yang memberi

kini dah jelas di matalah kita
kenapa GST harus segera diwarta
siapa membantah pengkhianatlah dikata
berajalah hati bersultanlah di mata

syair panda oh panda menutup tirainya
semoga semua mendapat hasilnya
pintu zoo negara menggamit pengunjungnya
cukai perkhidmatan di atas harga tiketnya.

Aduhailah nasib.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
23.45pm.



PAKU-PAKU DI PINTU


Malam gelap
tangan teraba-raba
lampu depan terpadam
mengetuk pintu
terasa pedih
ada cecair mengalir
menitis tumpah ... ,
darah.

Gema sang kelawar.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
21.15pm.



MALAM PERTAMA

Jam 20.30 malam

Hahhh!      Hahhh!

       Hahhh!

                  Haaahhh!

Hahhh!

Warghhh! ... .

Di bangku usang.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
20.30pm.

RINDU 64


RANJANG MIMPI


Mengusap wajah siang
aku bercumbu dengan bayang bulan
langit teduh mengutus pesan
di sana cenderawasihmu menanti
di ranjang pelamin pelangi
bunga rampai telah ditabur
menebar wangian cinta
dan menanti nafasmu
untuk bernafas dengannya.
Aku mencari pelangi di kaki langit
berteleku di lamannya
dia sedang berdendang
iramanya rawan menghiba
lalu kupetik kuntum awan
kelopaknya jatuh di matamu
...jadi kenangan.
Kita di situ...semalam
membilang kuntum awan
dan kita pun cuba memimpin mimpi
di gugusan malam yang sama
namun di ranjang yang berbeza.


Qalam Bertinta
Klang
21052014
1557pm

KELAWAR CAKERAWALA


Malam pertama
di horizon panas
dan dingin

terasa kaku
kelu
pilu
beku
ngilu-ngilu
di kuku.

Bulan tiada
bintang? ... ,
juga tiada.

Sang kelawar; bertebaran
kembali.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
20.00pm.

RENUNGAN


'Jangan sesekali mengeluh tentang ibadah kepada Allah kerana Allah tidak pernah mengeluh akan ibadah hamba-hambaNya'

Renung-renungkanlah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
14.10pm.

RENUNGAN


Terima satu pesanan dalam kotak pesanan.

"Salam. Maaf mengganggu. Macam mana nak pergi masjid untuk solat Jumaat dari KLIA2. Tak ada transport. Perlukan pendapat. Terima kasih"

Salam kembali...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih(bas ada, teksi pun ada) apalah sangat harganya sehari upah(gaji) yang kita habiskan untuk tujuan beribadat kepada Allah, sedangkan Allah telah berikan rezeki enam hari sebelumnya kepada kita...sama-sama dan terima kasih kembali kerana sudi meminta pendapat.

Sama-sama kita renungkan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
11.30am.

RENUNGAN


Kita marah bila mendengar kes rogol/perkosaan yang terjadi di luar negara mahupun di dalam negara tetapi tidakkah kita mempunyai perasaan marah apabila BAHASA kita dirogol/diperkosa oleh orang dalam negara kita sendiri inikan pula orang dari luar negara.

'Buka mata, buka telinga, jangan buta, janganlah pekak, jangan bisu dan usah pula tuli'

Renung-renungkan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
09.00am.

PERKOSAAN


Perkosaan ada di mana-mana sahaja
di dalam rumah
di luar rumah
di dalam pagar
di luar pagar
di dalam bandar
di luar bandar
di dalam negara
di luar negara
di dalam masyarakat
di luar kemasyarakatan
di dalam pekerjaan
di luar pekerjaan
di dalam sekolah
di luar sekolah
di dalam pelajaran
di luar pembelajaran
di dalam bahasa
di luar bahasa
buka mata
bukakan telinga
jangan buta
janganlah pekak
jangan bisu
usah tuli.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
08.30am.

Tuesday, 20 May 2014

PANTUN BERAGAN


Nasi gurih berupah selisih,
terasa santan dan kayu manis;
Sungguh cantik parasmu kasih,
siang dan malam tersenyum manis.

Sesudah makan membasuh pinggan,
adat si buruh bergotong royong;
Ibarat cicak mati beragan,
abang merindu jalan terhoyong.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
20/05/2014
17.00pm.



RESAH WAKTU


Mencari detik tenang dalam derap waktu yang menggumpal resah
awan pun menangis
rinainya menjadi sungai luka
yang mengalir ke danau pasrah
pun akulah yang terlewat memeluk masa
tertinggal di sebalik dinding waktu
sedang musim berinjak menyambut musim
dan kisah itu pun menjadi sejarah.


Rejaman rasa itu menyakitkan
tusukannya menembus arca jasad
ungkapan jadi simpulan mati
nafasnya mengundang bisa
biar damai angin menyentuh
sejarahnya tetap begitu
tidak berubah
dan tak pernah akan berubah.


Tenang itu meracik gerimis
airnya titisan merah
dan waktu pun kian meresahkan.


Qalam Bertinta
Klang
20052014
1243pm

SELAGI ADA NYAWA


Ikan-ikan di kaca
terus bernafas
melakarkan kata-katanya
selagi bernyawa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
20/05/2014
10.30am.



Tapak waktu


Nun di rimba ilalang
aku leka mengejar pepatung
yang berterbangan
sesekali memetik rimbun
bunga berwarna warni
langkahku ditemani
bayu petang yang damai
tiada cela di akal dan hatiku
hanya keindahan
sebagaimana alam di sekelilingku
kerna langkahku
hanya dua tapak ke hadapan
duniaku adalah
kemuncup dan semalu
rerama juga pepatung


waktu pun beredar
kemuncup pun
merunduk sendu kutinggalkan
begitu juga semalu
tidak lagi tersipu-sipu
tanpa sentuhanku
rerama dan pepatung
bebas berterbangan
desakan waktu membawa
langkahku sepuluh tapak
ke hadapan
alam pun berubah
bayu petang sesekali gerimis
di akal dan hatiku
pun ada prasangka
mengapa bersama bayu ada gerimis
keinginanku menyentuh pelangi
kiranya hanya mimpi


langkahku sepuluh tapak
lagi ke hadapan
menyedarkan aku dari mimpi
bahawa hidup ini kenyataan
bukan hanya mengejar
pepatung dan pelangi
tetapi mengejar yang Hakiki.


Cahaya Laila
20 mei 2014
Klang.

PANTUN BERANGKAI PANDAI BAHASA


Biar buruk bahasa dipakai,
janji sampai akan maksudnya;
Dari berbunga kata bertangkai,
tidak difahami isi kandungnya.

Biar berlapik kata bicara,
jangan telanjang rosak bahasa;
Dari indah selingkuh berpura,
menayang-nayang sepanjang masa.

Memang lidah tidak bertulang,
sering berbahasa mengikut rasa;
Bicara baik akan dijulang,
bicara longkang bawa binasa.

Kata orang ... ,

Kalau berbicara biarlah memandang,
bahasa kita usahlah rawan,
kalau berbisik biarlah mengerling,
tengok-tengok kiri dan kanan;
Permusuhan jangan sesekali diundang,
nanti kawan kan jadi lawan,
matanya pula akan menjuling,
anak dikandung terkena kenan.

Biar pandai dalam berbahasa,
dari menyombong terlebih pandai berbahasa.

Bukan meluat,
hanya memberi nasihat.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
20/05/2014
10.00am.

SELAGI ADA


BISIKAN


Awan kurik
hitam, carik-carik
di dada langit
melirik
mentari terusik
kisik.

Alam merisik.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
20/05/2014
08.10am.

Kurik = kurik-kurik bintik(-bintik); rintik(-rintik). berkurik ada kuriknya.    Kamus Pelajar Edisi Kedua
Kisik 1 = mengisik menumbuk (tidak dgn kuat).    Kamus Dewan Edisi Keempat
Kisik 2 =    Jk; kisikan bisikan; ®kasak.    Kamus Dewan Edisi Keempat




Monday, 19 May 2014

BUKAN BICARA RAHSIA


...pun hening itu klimak hari yang semakin tua
genta purba itu masih ada dentingnya
nyaringnya menyerap dalam tujuh lapisan nafas
dan kita yang sering berbicara bahasa Tuhan
melepasi akal pada yang jahil tentang Dia
lalu menggeleng kepala serta sinis dalam pandangan
bukan mengocak iman
kita juga bukan kakak tua yang hanya bijak meniru bahasa
itu petualang yang mencipta onar pada rahsia alam
kita lepaskan sungai iman ke muara percaya
olakannya tenang menampar dinding hakikat
biarkan ia tenggelam dalam makrifat laduni.


Bicara kita bukan bicara rahsia
ia nyata dalam kesembunyian makna
kalamnya kita punya sedangkan abjad itu bukan kita yang menyusunnya
bukan membaca tapi memahaminya
di antara panjang dan pendeknya akal
di antara menerima atau menolaknya
itu bukan hak kita untuk memilih
kerana kita bukan sesiapa
dan tidak punya apa-apa.


Qalam Bertinta
Klang
19052014
1459pm

KESETIAAN


LANGIT ITU TINGGI


Usah melangut
langit itu tinggi
tidak akan tercapai
tidak pernah tergapai
tangan melurut.

Usah melalut
langit itu tetap tinggi
tidak mengenalimu
tidak pernah tersenggol
jari sebesar semut.

Usah melacut
langit itu kan tetap tinggi
tidak akan terpukul
tidak pernah terpikul
mulut mencarut.

Usah melarut
langit itu masih tinggi
tidak akan hancur
tidak pernah terlebur
buncah senggugut.

Usah melaut
langit kan tetap tinggi
tidak terpandang jauh
tidak terlihat dekat
hasrat mengurut.

Nanti engkau bersungut.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
19/05/2014
15.30pm.

MALAM SUNYI


DAGING-DAGING DI PINGGIRAN JALAN

Daging-daging masin                       
                                tidak bergaram

daging-daging masam
                               tidak beresam

daging-daging basi
                               tidak beragam

daging-daging busuk
                               tidak bertuam.

Daging-daging kelat
                                tidak berayan

daging-daging payau
                               tidak berpinggan

daging-daging manis
                               tidak berkoyan

daging-daging hamis
                               tidak bertuan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
19/05/2014
09.45am.

Sunday, 18 May 2014

DI SEBATAS MIMPI MALAM


Aku bukannya datang dari rantaian pagar hari
yang memugar jejak 'tuk menelusuri hening sebatas mimpi
lalu meninggalkan senafas ragu dan bermukim di hujung malam
sedang embunan masih lagi mencari jalan pulang
sebelum titis akhirnya hilang di sela nyanyian pagi


Pun akulah yang cuba meneguk makrifat dari bejana malam
membasahkan sebidang hamparan di tepian telaga kontang
yang telah berkurun tandus dibaham api langit yang menyambar
dan awan teduh pun sudah lama menyisih dalam anjakan waktu
sedang jejak itu masih menapaki tajamnya kerikil berbara
di saat hujan merah memacu halilintar menyerbu harap.


Aku lukis warna-warna malam yang menjemput mimpi
tika lena masih cuba mengetuk kelopak sedar
juga dalam detik waktu yang kian meninggalkan
agar dapat kucorakkan di lembaran esok
dengan warna satu kehidupan
dan mencari makna di dalamnya.


Qalam Bertinta
Klang
18052014
1345pm

AKU GILA


'NENONG NENONG'

"Bola satu kepada bola dua
bola satu kepada bola dua
masuk over"

"Hoi! Kau gila ke apa?
Ini ambulan-lah bukan kereta peronda polis!"

Hihi.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
18/05/2014
15.30pm.

RUSIE


RINDU TANAH SEBERANG

RINDU TANAH SEBERANG

Pipit serunai kutiup
menerawang langit bernada
menggantang asap rindu
simfoni rimba seloka.

Di kaki bukit seyogia
kugalas minda terbenam
rindu kampung dituba
di bumbung melakar rasa.

Rindu rakus mengopak
merah nyala terkuak
rimba kota menyibak
dada terbekam gurisan.

Syahdu hati nan sayu
tanah seberang dirindu
kuukir reranting kayu
dan kulemparkan dari ketinggian sayup.

"Hoi! ... nak mati ke?"

"Maaf pak, enggak sengaja"

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
18/05/2014
10.30am.

PUISI YANG TELAH DITERBITKAN DI DALAM AKHBAR