koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 16 May 2014
RINDU
Guru
... engkau mengasuh dengan ikhlas
aku terbasuh dan aku terbilas
jiwaku luluh tidak dapat membalas
dalam keluh dalam meramas
bagaikan luruh segedung kertas
ilmu di baruh minda terhias.
Guru
... dalam jauh dalam dekat
aku disentuh aku disengat
ilmu kautaruh penuh keringat
aku berkumuh dalam semangat
tidak terjatuh di hujung karat
telah kurempuh menara berkat.
Guru
... sepi dirimu sepilah aku
patahnya kamu patahlah aku
setelah kaujamu profesionalismemu
pertaruh ilmu tanpa jemu
sehingga kutahu apa itu rindu
menara kalbu pengilat kuku.
Selamat hari guru cikgu-cikguku
aku rindu kamu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
16/05/2014
11.30am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment