koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 30 May 2014
PESANAN DI KEDINGINAN DINI
Dini ini aku membuat pesanan
nescafe lambung seperti semalam
namun tidak seperti semalam
aku pinta dibungkuskan
tapi dihantar budak pekedai
di dalam gelas
hari ini aku cuma katakan
"nescafe satu"
tidak dibungkus tidak pula digelas
sekadar pesanan ringkas
hanya nescafe satu
namun dihantar pula dalam bungkusan
di sini dapat kita buat satu rumusan
betapa lemahnya minda jati anak bangsa kita
yang kita tak tahu menerawang entah ke mana
apabila pesanan yang ringkas
berlawanan pula diterima
mungkin terlebih minum semut agak-agaknya.
Aduhai anak bangsaku ... ,
cepatlah sedar dari lamunanmu
minda yang lemah perkasakan kembali akarmu
usah berangan di waktu dini sebegini
bagai Mat Jenin di era kini berselimut kaki
mengelamun tak sudah dihanyutkan fantasi
sampai bila mahu jadi begini
anak bangsa lain sudah jauhnya pergi
meninggalkan kamu keseorangan di depan tv
termenung, berkhayal, mengelamun seorang diri
mengharapkan rembulan jatuh ke sisi
dilambung angan-angan tak akan menjadi
sedangkan mereka telah berjejak atas rembulan
boleh dikatakan melancong sambil menimba pengalaman
dari kejauhan melambaikan tangan
meninggalkan kamu yang masih ketinggalan
melihat kartun dari stesen berbayar
si Tokek yang dikejar-kejarkan di padang pasiran.
Lain kali cubalah tukar siaran.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
30/05/2014
04.00am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment