koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 18 May 2014
PERTUNJUK
Dedaun pokok bergoyang
reranting berlambaian
seekor pipit hinggap di dahan
melihat ke kiri dan kanan
mencari sumber makanan
ulat-ulat ketamakan.
Tanpa sedikit cuak dan kerisauan
mengepak terbang ke sarang
menantinya anak-anak
kelaparan.
Cukup bersyukur
lagaknya
rezeki ada di mana-mana
terbang semula ke dahan
ke satu dahan yang lain
sumber bekalan bercukupan.
Untuk anak-anak bertumbesaran
mengepak keluar dari sarang
mengikut jejak induk
berterbangan.
Dia ... Maha Pencipta
Dia ... Maha Pemberi
Dia ... Maha Perencana
Dia ... Maha Pertunjuk.
Memberi akal yang sihat kepada manusia
untuk melihat, memikirkan
berumusan
apa yang dilihat
apa yang terpampang
apa yang dipandang.
Tidak mahukah kita fikirkan?
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
18/05/2014
08.30am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment