koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 17 May 2014
PESANAN SEORANG BAPAK
Kata bapak,
buat apa kaumahu jadi helang
biarlah engkau menjadi pipit di ladang
lambat laun engkau bisa terbang
lebih tinggi jauh merewang.
Iya!
Benar sekali nasihat bapak kepadaku
biarlah aku menjadi pipit dahulu
sedikit demi sedikit mengembangkan bulu
lambat laun terbang mendahulu.
Bumi ini luas terbentang
langitnya tinggi menjulang
pucuk pangkalnya usaha didagang
bukannya duduk mengangkang
dipangkunya orang.
Usaha haruslah jitu
jangan suka menunggu, menopang dagu
tidak ke mana nanti usahamu
ukurlah baju di badanmu
lakukannya satu persatu; usah jemu!
Kini aku mengerti bapak
pesananmu tidak akan berhapak
akan aku layurkan dedak
dan kukisarnya menjadi bedak
tersisip di dada, budak.
Ayuh pipit, semangat! Bersemangatkan merak.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
17/05/2014
15.30pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment