koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 10 December 2012
Hilang gelap cahaya pasti menjelma.
Selepas hujan
bumi kembali tenang
dingin tanpa gelora
basah tanpa nista
indah suasana
segar udaranya
semakin mengisi rongga dada
udara bersih nikmat diterima
paru-paru mesra
ubun disapa
kesyukuran memenuhi minda
akan nikmat pemberiaan dari-Nya
Tuhanku yang Esa
Tuhanku yang tiada dua-Nya
Tuhanku yang Maha Kuasa.
Ibarat hilang gelap cahaya menjelma.
ss/spl/pm ... 10/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment