Thursday, 6 December 2012

Ish, ish,



tak baik tau menipu
mengata yang tak benar
melainkan penipuan belaka
mengatakan kebencian
kononnya orang dok bantai nukilannya
dan ada kebencian 
akan nukilan yang dikongsikannya bersama
tapi berbohong - cuba menyembunyikan 
fakta yang sebenarnya
yang diri sendiri tidak boleh ditegur
akan kesilapan tatabahasa
dilanggar sesukanya di dalam berkarya 
yang amat jelas cuba diterangkan di mana kesilapannya,
aduhai!...teringat aku kata yang bijaksana
menulis puisi bukannya dengan sesedap rasa
yang penting ada tajwid dan hukum hakamnya
bahasa 'sms' jangan sesekali digunapakai
kalau nak digunakan baik jangan cuba mahu menulis
kerana akan hanya menjatuhkan 
martabat kesusasteraan yang tinggi nilainya di mata dunia.

Teringat pula kata-kata Papa Zola,
"Kebenaran tidak takut pada kejahilan
ooops!...maaf, kejahatan".

ss/spl/pm ... 06/12/2012.


No comments:

Post a Comment