koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 3 December 2012
Lafaz Kerinduanku
Puas aku fikirkan
apakah kata-kata yang sesuai
untuk aku ungkapkan
sebagai penutup tabir bertiraikan malam
dan sebagai simbolik
melabuhkan langsir kehidupan
di dermaga rindu
bersarang habuk di dada bidangku
namun sepi
membungkam hatiku
hanya kosong
kian melastik sebu bertamu,
namun satu ugkapan kian bernyawa di jiwaku
kian bernyawa sehingga memaksa aku untuk menyeru
satu lafazan ikhlas terlahir dari hati sanubariku
lambang
yang aku amat mengasihi dirimu
dan aku,
aku amat menyayangimu,
cintaku hanyalah kamu
sayangku.
ss/spl/pm ... 03/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment