koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 22 July 2013
TENANG JIWA
Kalau inginmu selayak mimpi
gerak hidup bagai berjanji
tak selamanya seluang melaut
bercumbu pasir senyum meraut.
Bila iradat bagai menguji
kukuh semangat bagai terkunci
tenang jiwa membuka dada
ruang fikir mencorak minda
bangkitlah memungut rindu
humbankan resah lenyapkan sendu.
Kita merangkai bahagia
dalam rangkulan Yang Maha Esa.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
13 Mac 2012
12.34 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment