koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 22 July 2013
SERIBU SESALAN
Jangan pernah mengharap
sinar bulan sentiasa gemerlap
kala kelam menjemput hujan
bila petir menyambar
tersentak diri membawa sedar.
Jangan pernah meminta
rindu terbiar meronta
andai bertatap mata
janji tinggal kata-kata
walau pernah mesra bicara
namun hati bersalut dusta.
Jangan pernah merayu
pada pandangan sayu
bila segalanya palsu
seribu sesalan bercermin diri
berjauh hati tiada bererti
bila kedudukan tidak selari.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
21 April 2013
3.09 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment