koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 21 August 2013
BIARKAN
Adakah engkau mengerti
tentang sebuah puisi
yang kugerbangkan di alam maya
dalam bahasa yang kuyakini
dan lahir dari nuraniku.
Bicaraku sama
cuma aksaraku berbeza
dalam susunan bahasa
yang menunjang barisan kata
untuk aku bercerita
tentang semua rasa.
Andai ada ragu
pada dendangan ilhamanku
biarkan ianya di situ
kerana bila tiba waktunya
akan tersingkaplah segalanya
rahsia sebuah karya
juga rahsia sebuah hati.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
2309pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment