Wednesday, 21 August 2013

Suka Tak Suka IX


suka tak suka
tugasan makin berganda
sendat sungguh masa
aktiviti padat terasa
lelah singgah ke dada.

suka tak suka
kena rancang semula
kurangkan aktiviti mega
laksana yang utama
fokus pengajaran jadi agenda.

suka tak suka
arahan kementerian kena ada hadnya
jangan guru stres sentiasa
pbs dan serba aneka data
kena ada pengurusan yang cakna.

suka tak suka
murid kena diutama
mereka harapan ibubapa
mereka aset negara
modal insan pemacu sejahtera.

suka tak suka
bila pencapaian hampa
guru yang terkena
faktor lain tak dikira
kitalah salah semuanya.

suka tak suka
sama-sama cari idea
bagaimana nak berjaya
kerjasama membina
sistem yang bermakna.

suka tak suka
jangan ada yang terasa
institusi kita, kita kena jaga
inovasikan pemikiran kita
mungkin kehebatan akan terjumpa.

suka tak suka
lapangkan dada
keluh kesah tak bawa ke mana
belajar mereda
akur, sebagai agen pelaksana.

suka tak suka
ini saya punya bicara
moga ada yang berguna
boleh ditimbang tara
kalau tak biar saja.

suka tak suka
nukilan merangsang minda
melatih akal bekerja
menganyam indah bait kata
salah silap maafkan ya!

CNM, 21/8/13

No comments:

Post a Comment