koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 22 August 2013
CUBALAH MENGERTI
Usah melupai...
usah memungkiri
usah kauhindari
tanggungjawab azali.
Berulangkali hatiku kausakiti...
tak mampu aku menahannya lagi
terkesan...bagai dilibas cemati
sampai hatimu berlalu pergi.
Pengorbananku kaupandang sepi...
tidak kauhargai
bagai menjirus air ke daun keladi.
Cubalah fahami dan jua mengerti.
ZIE 22/08/2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment