koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 21 August 2013
KALAULAH.
Kalaulah
tiada garuda mengamuk
tidaklah aku menyorok-nyorok
di belakang tembok
mencuri tengok
kepala terjenguk-jenguk
macam nyamuk
menunggu peluang menangguk
garuda tersengguk
mengantuk.
Apa nak buat
aku terpaksa terima hakikat
kudratku tidaklah kuat
sering tersekat
terikat
di urat belikat
berbirat.
Kalaulah
taik kambing bukan bulat
cantik macam coklat
memikat
membuatku memandang julat
terkulat-kulat
terasa ingin menjilat.
Hidup ada had.
Sazalee Sulaiman ... 21/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment