koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 21 August 2013
MEMIMPIN MIMPI
Aku berlari mengejar mimpi
dalam nyata yang membingungkan
siang tersenyum mengejek
aku di situ
cuba memimpin mimpi
membawa ke tabung malam
pun dermaga malam timpas
lanarnya hanyir
bauannya memerangkap fikir
dan mimpi pun tersadung di akar siang.
Denting malam bergemerincing
ada gema di lagun tanya
masih memerangkap fikir
beting jawab termanggu
menanti nyanyian mimpi
untuk sebuah jawapan.
Qalam Bertinta
Klang
21082013
0937am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment