koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 22 August 2013
KOPI SASTERA BERALAS PIRING.
Jam menghampiri 11.30 malam
menyusul ke perdu hari yang baru
melakar impian ingin berkalam
membuang sendu yang pernah memburu.
Engkau dan aku bukalah buku yang baru
buangkan yang keruh, yang pernah menyentuh
di hari baru usahlah kita berseteru
pandangan geruh kita buangkanlah, jauh-jauh.
Jam berdetik tidak menunggu
sentiasa berpusing berbunyi dan berdenting
persahabatan baik usah diragu
halaman yang cantik, kita perapi dan pendinding.
Kita bersihkan kekotoran di dalam halaman
buangkan sengketa yang pernah berkusta
semoga di hari baru tiada pertikaman
yang merencatkan muhibah sesama anggota.
Para karyawan terbilang dan terganding
minumlah Kopi Sastera beralaskan piring.
Sazalee Sulaiman ...22/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment