koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 21 August 2013
RENTAK HATIMU
dalam bersuara
hati tidak sekata
jujur tidak sehala
ikhlas entah ke mana.
dalam berucap
palsu di benak menancap
walau kalbu mengasap
sekadar menyemarak benci
mengepul amarah dan dengki.
engkau merasa hebat
namun takburmu menyarat
bicaramu tahu segala
indah khabar membayang rupa
helah meraja
berani mengapi –api
salah benar tidak dikaji.
engkau puji gemerlap bintang
lalu mengeji kegelapan malam
engkau puja gemilau laut
gelisahkan bahang mentari menyalut
engkau pendam sekelumit dendam
namun alpa fitrahnya alam
engkau lupa maknanya budi
mendabik dada membuka diri.
hikmah sentiasa terpendam
jatuh bangun disepak terajang
permainan hidup
dalam panas maupun redup
andai nafsu melebihi akal
kuasa dan asa tidakkan kekal
selamanya engkau dilambung
ombak kejam sentiasa mengulung
bila hatimu membengkak
belajarlah untuk merangkak.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
21 Ogos 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment