koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 27 September 2013
Alisha
pakcik tidak mengenali kamu
pakcik tidak mengenali wajahmu
pakcik tidak pernah mendengar suaramu
pakcik ibarat si buta: teraba-raba
pakcik ibarat si pekak: tidak mendengar
pakcik hanya orang luar: si musafir yang lalu
tidak tahu apa yang berlaku
di dalam dapur rumahtangga mummymu.
Tetapi Alisha;
pakcik dapat rasakan penderitaan di hati mummymu
pakcik dapat rasakan rapuhnya dalam keampuhan hati mummymu
dalam kekuatan diuji Yang Maha Esa
seharian bahkan selama hayatmu; mummymu
berendam si airmata
tertumpah bagai bah tidak terkira
tidak terempang
hanya kerana bersyukurnya mummy
dapat berbakti dan berkhidmat
menerima amanah kurniaan Ilahi
teruji dalam keterujaan
sangkar kasih
kasihnya terhadap dirimu.
Alisha
engkaulah permata mummymu
kaulah penguat semangat mummymu
engkaulah sumber inspirasi,
mummymu.
Senyumlah Alisha
demi kedukaan di hati mummymu
yang amat menyintai
kamu.
Sazalee Sulaiman ... 26/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment